PMO bidas MB Kedah perlekeh pengumuman dibuat PMX, jangan jadi ‘belalang tepi lautan’

July 24, 2025 · Politik

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor dibidas Pejabat Perdana Menteri (PMO) ekoran kenyataan yang memperlekehkan pengumuman penghargaan semalam oleh Perdana Menteri (PMX) Anwar Ibrahim.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada PM, Tunku Nashrul Abaidah berkata Sanusi tidak wajar mempertikai langkah diambil kerajaan untuk membantu rakyat yang memerlukan bantuan dengan memutar-belit fakta tidak berasas demi kepentingan politik semata-mata.

“Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor serta segelintir pimpinan pembangkang boleh ‘memperlekeh’ penurunan harga RON95 daripada RM2.05 ke RM1.99 dan bantuan RM100 secara one off kepada semua orang dewasa di Malaysia.

“Akan tetapi sekurang-kurangnya penjimatan kos RON95 dapat membantu serba sedikit meringankan beban rakyat. Dan perlu diingat, inilah buat pertama kalinya, semua rakyat tanpa mengira status sosial menerima “sesuatu” daripada Kerajaan sempena Bulan Kemerdekaan.

“Saya ingin mengambil sedikit masa untuk membantu Datuk Seri Sanusi memahami perbezaan antara “bantuan” dan “belanjawan” satu konsep asas pentadbiran yang barangkali sukar difahami beliau sepanjang menjadi Menteri Besar,” katanya pada taklimat harian PMO di Facebook hari ini.

Tunku Nashrul menjelaskan, semua inisiatif yang diumumkan semalam bukanlah sebahagian daripada Belanjawan 2026 kerana belanjawan pada tahun tersebut hanya boleh diguna pakai pada tahun berkenaan sahaja dan disebabkan itu namanya Belanjawan 2026.

“Manakala, kesemua penghargaan yang diumumkan semalam akan dilaksanakan tahun ini, bermula dengan SARA untuk semua pada 31 Ogos 2025,” katanya.

Tambah beliau, penghargaan khas itu diumumkan dengan mengambil kira keupayaan fiskal negara, dan sebagai tambahan kepada apa yang telah direncanakan di dalam Belanjawan 2025.

Katanya lagi, pengumuman semalam juga khusus untuk menangani beban kos sara hidup rakyat dalam masa terdekat dan bantuan serta inisiatif lain untuk tahun depan akan diumumkan semasa Belanjawan 2026 yang akan dibentangkan Oktober ini.

“Sekiranya tiada gangguan daripada ‘belalang di tepi lautan’ seperti Sanusi dan rakan-rakan, Insya Allah Kerajaan Madani akan berkongsikan lebih banyak kemakmuran kepada rakyat Malaysia,” katanya.

Semalam, media melaporkan, Sanusi dipetik berkata, pengumuman yang dibuat Anwar berhubung bantuan tunai dan penurunan harga minyak tidak akan menjejaskan perancangan rakyat untuk menghadiri Himpunan Turun Anwar yang dijadualkan Sabtu ini.

Katanya, pengumuman tersebut hanya dibuat bagi meredakan suhu panas politik selain bertujuan mengelak rakyat turun berhimpun.

Menurutnya, biarpun pengumuman tersebut bersifat positif namun, ia tidak akan menghalang rakyat untuk berhimpun menyatakan ketidakpuasan hati terhadap kerajaan Madani.

Berita berkaitan
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
17 jam lalu· Isu semasa
Anwar: PRU-16 awal? Tunggu masa sesuai
19 jam lalu· Politik
Kemalangan maut Temerloh: PM zahir takziah, minta siasatan teliti dijalankan
September 1, 2026· Isu semasa
Bersatu sambut baik langkah kerajaan ringankan beban rakyat: Muhyiddin
August 31, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PAS Terengganu cadang calon PM dari negeri itu
14 jam lalu · Politik
PAS dicabar tarik balik Amanat Hadi, ramai orang UMNO masih tersinggung
19 jam lalu · Politik
Pelantikan Ketua Audit Negara perlu bebas campur tangan politik: Syahredzan
20 jam lalu · Politik
PAS-UMNO makin terbuka, hantar wakil hadir ke PAU
20 jam lalu · Politik
Guan Eng mahu Zahid dikenakan tindakan isu lebihan belanja di KKDW
20 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok