PMX diberikan taklimat banjir sebaik tiba di Malaysia

November 25, 2025 · Isu semasa

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dimaklumkan segera mengenai situasi banjir monsun timur laut yang menjejaskan beberapa negeri sejurus pulang ke tanah air selepas lawatan rasmi lapan hari ke Ethiopia, Afrika Selatan dan Kenya.

Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar berkata terus bertemu Anwar untuk memberikan taklimat ringkas setibanya di Malaysia, termasuk perkembangan berkaitan perkhidmatan awam.

“Alhamdulillah, Perdana Menteri selamat tiba di tanah air setelah lapan hari bermusafir membawa agenda besar negara ke Ethiopia, Afrika Selatan dan Kenya.

“Dalam kesempatan yang singkat, saya sempat memaklumkan perkembangan terkini berhubung situasi semasa musibah banjir MTL yang sedang melanda beberapa negeri,” katanya dalam satu hantaran di media sosial, hari ini.

Anwar memulakan rangka lawatannya pada 18 November di Ethiopia, menjadikan beliau Perdana Menteri Malaysia pertama mengunjungi negara itu secara rasmi, sebagai membalas lawatan rakan sejawatnya, Dr Abiy Ahmed Ali pada Oktober 2024.

Dari Addis Ababa, Anwar berlepas ke Johannesburg, Afrika Selatan untuk menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin G20 dari 20 hingga 23 November, sebelum meneruskan lawatan kerja ke Nairobi, Kenya dari 23 hingga 24 November.

Lawatan tersebut memberi tumpuan kepada kerjasama ekonomi, hubungan dua hala serta pengukuhan peranan Malaysia di peringkat antarabangsa, namun kepulangan Perdana Menteri turut menumpukan perhatian kepada perkembangan banjir yang kini memerlukan kesiapsiagaan semua agensi.

Shamsul Azri berkata kerajaan terus memantau situasi semasa bagi memastikan bantuan dapat disalurkan dengan cepat kepada mangsa yang terjejas.

Berita berkaitan
Kerajaan pusat dan negeri sepakat tangani cabaran ekonomi: Anwar
14 jam lalu· Politik
BDR jimat hampir RM6 juta subsidi petrol
18 jam lalu· Uncategorized
Johor perlukan kerajaan negeri sehaluan Putrajaya: Amanah
June 23, 2026· Politik
Kerjasama dengan Putrajaya kunci kemajuan Johor: Anwar
June 22, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan ditolak, perbicaraan kes rasuah Guan Eng diteruskan
June 24, 2026 · Isu semasa
Pengesahan umur bertujuan lindungi kanak-kanak daripada risiko dalam talian: Fahmi
June 24, 2026 · Isu semasa
Pelajar IPTS warga asing ditemui maut di kondo, rakan senegara ditahan
2 jam lalu · Isu semasa
Pemandu mabuk: Kerajaan teliti pampasan khas untuk mangsa kemalangan jalan raya
3 jam lalu · Isu semasa
MyKad baharu libatkan kos RM120 juta setahun
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok