PMX gesa Asean pelopori teknologi AI, syor undang-undang baharu diperkenalkan

May 28, 2025 · Isu semasa

Satu undang-undang baharu perlu diperkenalkan bagi membolehkan kecerdasan buatan (AI) beroperasi secara bebas tanpa tertakluk kepada undang-undang negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata walaupun undang-undang melindungi aspek kedaulatan sesebuah negara, penggubalan undang-undang baharu itu diperlukan bagi tujuan transformasi teknologi baharu.

“Jika kita mahu menggunapakai AI, maka kita tidak boleh memikirkan kedaulatan dalam bentuk pemikiran lama,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata demikian pada sesi Forum Ekonomi Asean-GCC 2025 bertemakan “The Intelligent Grid: Building Bridges Through Sovereign AI Collaboration” anjuran Fortune di sini, hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata walaupun beberapa negara-negara Asean dan GCC baru memulakan libat urus dengan Malaysia, sudah wujud asas kukuh dari segi kesepakatan bersama membabitkan isu-isu penting.

“Ini termasuk tadbir urus, hubungan antarabangsa dan penerimaan teknologi baharu seperti transformasi digital dan tenaga alternatif.

“Apabila anda mempunyai pemimpin yang berfikiran sama, menggalakkan teknologi baharu dan perubahan, sebarang pencapaian ini tidak dapat dijayakan jika kita tiada asas kepercayaan antara satu sama lain,” kata beliau.

Pendirian sedemikian penting dalam menggalakkan kerjasama sempadan yang menyaksikan penglibatan Asean dan GCC dapat meyakinkan China untuk turut serta dalam perkara tertentu.

Asas sedemikian juga, kata Anwar, disokong oleh hakikat Asean yang secara relatifnya merupakan antara rantau paling aman di dunia selain statusnya sebagai ekonomi paling pesat berkembang manakala GCC pula terus mencatat pertumbuhan memberangsangkan dalam bidang tenaga boleh baharu, transformasi digital dan AI.

“Tiada gunanya semua ini seperti menganjurkan persidangan antarabangsa jika kita tidak dapat meyakinkan pasukan untuk mengemukakan perjanjian yang amat bermakna.

“Oleh itu, izinkan saya berkongsi rasa puas hati terhadap hasil kerjasama yang membuktikan kejayaan mampu dicapai dengan berlandaskan kerjasama antara kerajaan, industri serta komuniti perniagaan,” kata beliau.

Pada masa sama, Perdana Menteri turut mengingatkan dalam senario landskap global yang berubah, kebimbangan yang ada asasnya tidak boleh diketepikan kerana turut menyentuh aspek nilai, kepercayaan, keperibadian, pemahaman sejarah dan identiti kebangsaan.

Beliau juga menyifatkan sistem politik global semasa sebagai mengalami “defisit nilai” dan menggesa agar sebarang teknologi baharu tidak diterima secara melulu tanpa mengutamakan asas etikanya.

“Dalam soal AI misalnya, kita tidak boleh mengelaknya tetapi pada masa sama perlu memastikannya tidak melenyapkan maruah kemanusiaan dan keadilan,” kata Anwar.

Perdana Menteri turut menekankan kepentingan pendidikan dan pemikiran kritikal sebagai teras dalam usaha memperkasa pelbagai perspektif.

Merujuk sejarah perjuangan ketika Revolusi Perindustrian, beliau mengingatkan mengenai kesan bahaya mengulangi kesilapan lampau yang hanya menjejaskan nilai kemanusiaan.

“Kita perlu menyokong teknologi baharu dan AI sambil bertindak menangani kesilapan asas yang boleh memburukkan keadaan,” kata beliau.

Anwar mengakhiri perkongsian beliau dengan menyifatkan krisis kemanusiaan di Gaza sebagai bukti jelas kegagalan kecanggihan teknologi dalam mempertahankan nilai dan maruah kemanusiaan.

“Di sebalik semua teknologi baharu dan AI, kita masih gagal merungkai persoalan asas : Apakah erti sebenar menjadi seorang manusia,” kata Perdana Menteri. – Bernama

Berita berkaitan
Kerajaan belanja RM2 bilion sebulan untuk kekalkan harga RON95: Anwar
7 jam lalu· Isu semasa
Cuti tambahan sempena Aidilfitri diumum kerajaan
7 jam lalu· Isu semasa
Desakan RCI mafia korporat hanya ‘Drama Politik’ DAP: Ahmad Fadhli
March 13, 2026· Politik
AMK: Kenyataan PM berhubung kesan ekonomi global perlu dipandang serius
March 12, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Ringgit dijangka diniagakan dalam julat RM3.93 hingga RM3.98: Laporan
7 jam lalu · Isu semasa
SUHAKAM bantah guna SOSMA terhadap kanak-kanak
7 jam lalu · Isu semasa
Penipuan pelaburan cecah RM188 juta awal tahun ini: Polis
7 jam lalu · Isu semasa
Konflik Asia Barat dijangka beri tekanan inflasi kepada negara: Akmal Nasrullah
7 jam lalu · Isu semasa
Ekonomi negara masih kukuh hadapi krisis Asia Barat: Zafrul
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok