Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkunjung ke pasar pagi GAYA di Kota Kinabalu.
Anwar Ibrahim menekankan bahawa segala tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) perlu diselesaikan menerusi perbincangan dan rundingan yang rasional, bukannya dengan cara berkonfrontasi atau ‘berperang’.
Perdana Menteri menegaskan komitmen Kerajaan MADANI untuk menangani isu berkenaan secara menyeluruh dan teratur tanpa meminggirkan mana-mana pihak bagi memastikan keadilan untuk semua.
“Sekarang pun kita sedang berbincang. Datuk Seri Fadillah mengetuai jawatankuasa teknikal, kita adakan mesyuarat untuk bincang bersama.
“Jika setuju, kita laksanakan; jika tidak, bincang semula dan undi lagi. Inilah cara kita bekerjasama, bukan untuk ‘berperang’,” tegas Perdana Menteri ketika berucap pada Program Rancakkan MADANI hari ini di Kota Kinabalu.
Jawatankuasa berkenaan, yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof merupakan saluran utama bagi membincangkan dan melaksanakan tuntutan dalam MA63.
Pendekatan ini dilihat sebagai kesinambungan usaha berterusan kerajaan untuk memenuhi janji-janji perjanjian persekutuan yang sering menjadi isu sensitif dan tuntutan berulang dari Sabah dan Sarawak sejak sekian lama.
Mengenai tuntutan pemulangan 40 peratus hasil kutipan kepada Sabah, Anwar menyeru semua pihak supaya mendalami dan memahami perkara tersebut secara mendalam terlebih dahulu.
“Saya tadi (melawat) Jalan Gaya, dengar jeritan tentang hasil 40 peratus Sabah. Dengarlah dulu, fahami dulu.
“Memang terkandung dalam MA63, tetapi tiga tahun lalu (sejak Kerajaan MADANI mentadbir), kita sudah membincangkannya,” jelasnya.
Ucapan Perdana Menteri itu jelas mencerminkan pendirian kerajaan pusat untuk mengutamakan muafakat dan dialog dalam menyelesaikan isu MA63 yang kompleks, sambil secara tidak langsung menolak sebarang bentuk tekanan atau desakan secara terbuka yang boleh mencetuskan ketegangan.
RCI Tabung Haji ditubuh ketika UMNO berkuasa, kenapa dipersoal sekarang? – Mahfuz
PRN Melaka: Amirudin diberi amanah teliti kerjasama PH-BN
Mahu jawatan PM, UMNO perlu bersama dengan PN: PAS Selangor
Akmal sahkan Pemuda UMNO akan hadir Muktamar Pemuda PAS
Adam Adli: Rundingan BN-PH belum bermula, tapi masih terbuka
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri