PMX mahu barisan menteri baharu laksanakan dasar kerajaan dengan pantas

December 17, 2025 · Politik

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menggesa semua anggota Kabinet supaya bekerja dengan lebih berdisiplin dan pantas bagi memastikan pelaksanaan dasar Kerajaan Madani sampai kepada rakyat tanpa kelewatan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan barisan menteri perlu berkhidmat dengan penuh kerendahan hati, berintegriti serta mengutamakan kepentingan rakyat, tanpa alasan yang melengahkan pelaksanaan dasar.

“Ini adalah Kabinet penerus kehendak rakyat yang memikul amanah besar, menuntut tindakan segera, keputusan berani serta keupayaan menterjemah kehendak dan nurani setiap lapisan masyarakat menjadi dasar yang berfungsi dan dirasai, bukan sekadar retorik,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau turut berkongsi beberapa keping gambar mesyuarat Kabinet Madani yang berlangsung selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan serta Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia, termasuk sumpah simpan rahsia menteri dan timbalan menteri Persekutuan di Istana Negara.

Mesyuarat itu merupakan mesyuarat Kabinet pertama Jemaah Menteri Kerajaan Madani selepas pengumuman rombakan Kabinet yang dibuat oleh Perdana Menteri, semalam.

Semalam, Anwar mengumumkan rombakan Kabinet yang membabitkan 28 menteri dan timbalan menteri, termasuk pertukaran portfolio serta beberapa lantikan baharu.

Langkah penstrukturan semula itu bertujuan memperkukuh kecekapan pentadbiran dan memastikan dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Rombakan berkenaan turut menyaksikan enam timbalan menteri serta seorang muka baharu dilantik sebagai menteri penuh, selain penyusunan semula portfolio sedia ada.

Untuk rekod, rombakan kali ini merupakan rombakan pertama kerajaan pimpinan Anwar sejak Disember 2023.

Pada hari ini, sebanyak tujuh menteri termasuk dua yang baharu dilantik mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara.

Anwar menegaskan Kabinet Madani perlu bergerak seiring dengan aspirasi rakyat, dengan keutamaan diberikan kepada keberkesanan penyampaian perkhidmatan dan pelaksanaan dasar yang memberi impak langsung kepada kehidupan seharian masyarakat.

Berita berkaitan
PH umum calon PRN Melaka minggu depan
13 jam lalu· Politik
Anwar hubungi Prabowo, ASEAN digerakkan tangani jerebu
13 jam lalu· Isu semasa
Anwar, Presiden Myanmar adakan pertemuan empat mata: Bernama
22 jam lalu· Isu semasa
RM42.5 bilion hutang 1MDB sudah dibayar, kerajaan masih tanggung baki
22 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Kemelut Exco: MB Negeri Sembilan minta selesaikan satu-satu
13 jam lalu · Politik
DNAA: Zahid, AG dapat kebenaran cabar semakan kehakiman Badan Peguam
19 jam lalu · Politik
Aminuddin terkejut 10 Exco saman kerajaan Negeri Sembilan
21 jam lalu · Politik
Isu RM2.1 bilion KKDW: Akmal persoal laporan Guan Eng kepada SPRM
22 jam lalu · Politik
SPRM perlu teliti isu RM2.1 bilion projek jalan luar bandar: AMK
22 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok