Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Anwar Ibrahim tidak perlu meletak jawatan sebagai Perdana Menteri kerana memiliki sokongan lebih dua pertiga majoriti ketika ini.
Zahid mempersoalkan gesaan pihak tertentu yang mendesak Anwar meletak jawatan sebagai gimik politik dan menggunakan alasan isu lantikan hakim sebagai modal picisan untuk menjatuhkan kerajaan perpaduan.
“Kami berpendapat soal pelantikan ketua hakim negara tidak harus dipolitikkan dan kita perlu yakin atas perkenan Yang di-Pertuan Agong siapa juga yang akan dilantik dan dalam peraturan itu atas nasihat perdana menteri.
“Ia tentu mengambil kira personaliti dan latar belakang yang akan diteliti tuanku, kita mahu semua pihak hendaklah akur atas pilihan Agong,” katanya dipetik media semasa berucap dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Selayang semalam.
“Yang di-Pertuan Agong akan mengambil kira keperibadian dan latar belakang calon yang dicadangkan ketika membuat keputusan, dan kita harus menghormati keputusan tersebut,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Zahid juga berkata Anwar telah memberikan penjelasan kepada Ahli Parlimen UMNO-Barisan Nasinal (BN) berhubung isu pelantikan kehakiman dalam satu pertemuan selama sejam.
Katanya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) tidak perlu ditubuhkan bagi menyiasat pelantikan kehakiman.
Ini jelas Zahid disebabkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said telah memaklumkan kerajaan akan mengkaji amalan terbaik negara lain dalam urusan pelantikan hakim.
Bersatu Melaka terbuka kerjasama dengan PH hadapi PRN
PRN Melaka: Amirudin diberi amanah teliti kerjasama PH-BN
Mahu jawatan PM, UMNO perlu bersama dengan PN: PAS Selangor
Akmal sahkan Pemuda UMNO akan hadir Muktamar Pemuda PAS
Adam Adli: Rundingan BN-PH belum bermula, tapi masih terbuka
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri