Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Anwar Ibrahim, mengumumkansemua 23 sukarelawan Global Sumud Flotilla dari Malaysia yang sebelum itu ditahan tentera regim Zionis sudah dibebaskan dan berada dalam keadaan selamat.
Perdana Menteri memberitahu, kesemua sukarelawan tersebut telah dibebaskan dan sedang dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Ramon di selatan Israel dan akan diterbangkan ke Istanbul sebelum meneruskan perjalanan pulang ke tanah air.
“Mereka akan menaiki pesawat ke Istanbul, Turkiye sebelum bergerak pulang ke Kuala Lumpur. Mereka akan berada di Istanbul mungkin satu setengah atau dua hari sebelum pulang ke Kuala Lumpur,” jelas Perdana Menteri ketika menyampaikan taklimat khas mengenai usaha pembebasan aktivis dan sukarelawan Malaysia serta Pelan Damai Gaza.
Pengumuman ini menamatkan kebimbangan rakyat Malaysia mengenai nasib sukarelawan negara yang terlibat dalam misi kemanusiaan antarabangsa itu.
Usaha membawa pulang kesemua individu terbabit dilihat sebagai kejayaan besar bagi kerajaan Malaysia.
“Kita semua bersyukur atas berita ini. Ini adalah hasil daripada usaha diplomatik dan perbincangan berterusan bagi memastikan keselamatan dan kebebasan rakyat kita,” tambah Anwar.
Kumpulan sukarelawan itu dijangka tiba di Kuala Lumpur dalam masa terdekat setelah melalui proses perjalanan dan dokumentasi yang diperlukan di Istanbul.
Bekas pengarah penyelidikan IPTA ditahan kes rasuah RM1 juta: Laporan
Diesel diterima Filipina bukan dari perut bumi Malaysia
Kerajaan teliti subsidi bersasar bagi diesel ikut kaedah BUDI95: Fahmi
Harga diesel Sabah, Sarawak, Labuan kekal RM2.15: MOF
Keputusan kes saman barang kemas Rosmah ditetapkan 10 Jun
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan