PN disaran lantik calon Ketua Menteri Sabah dari PAS

September 16, 2025 · Politik

Perikatan Nasional (PN) diseru untuk mempertimbangkan calon daripada PAS bagi jawatan Ketua Menteri Sabah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.

Cadangan tersebut dikemukakan oleh Yang Dipertua PAS Shah Alam, Mohamed Sukri Omar, yang mencadangkan nama tokoh ilmuwan parti, Dr. Aliakbar Gulasan, sebagai calon utama.

Beliau berkata, PAS merupakan parti yang paling stabil dalam PN dan sudah tiba masanya diberikan kepercayaan untuk memimpin di Sabah.

“Kita cadangkan Datuk Dr. Ali Akhbar Gulasan, tokoh ilmuwan, pemimpin yang berintegriti untuk mengemudi kemenangan di Sabah,” katanya ketika berbahas di sesi Usul Pemerkasaan PN pada Muktamar Tahunan PAS Pusat ke-71.

Sukri menekankan bahawa kestabilan dalaman PAS membuktikan kemampuan parti itu untuk mentadbir dengan baik.

“Kemampuan untuk mentadbir negara dinilai dengan kekuatan mentadbir parti sendiri,” tegasnya.

Beliau juga yakin bahawa langkah tersebut boleh menjadi pemangkin kepada kebangkitan PN di Sabah dan Sarawak, seterusnya membuka jalan untuk menguasai Putrajaya pada masa hadapan.

“Bermula dengan kebangkitan Sabah, Sarawak, negeri-negeri sehingga akhirnya pilihan raya akan datang, Insya-Allah kita menguasai Putrajaya,” ujarnya penuh keyakinan.

Cadangan itu dilihat sebagai satu usaha untuk memperkukuh lagi pengaruh PAS dalam gabungan PN, sekaligus menyuntik semangat baru kepada pendukung setia parti itu di Sabah.

Berita berkaitan
MCA tak puas hati: BN wajar pertimbang pilihan solo, elak terikat rundingan kerusi
October 26, 2026· Isu semasa
PRN Melaka: PKR mahu pembaharuan, beri ruang kepada generasi muda
October 26, 2026· Politik
MCA tidak puas hati, dakwa UMNO ketepikan rundingan kerusi di Melaka: Laporan
9 jam lalu· Politik
DUN Sarawak bubar secara rasmi hari ini, SPR tentukan tarikh PRN
9 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Zahid nafi belanja KKDW terlebih RM2.1 bilion
October 26, 2026 · Politik
Parlimen: Rayer diminta hantar surat rasmi rujuk Takiyuddin ke jawatankuasa
October 26, 2026 · Politik
BN letak calon di DUN Sg Udang bukti tolak Wawasan: Puad
7 jam lalu · Politik
AMK: Rafizi perlu jawab dakwaan, bukan sekadar saman Ramanan
9 jam lalu · Politik
Kes Jalur Gemilang: Representasi Akmal ditolak, mahu kemuka permohonan kedua
9 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok