Perikatan Nasional.
Perikatan Nasional (PN) membuat keputusan untuk tidak meletakkan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag di Sabah yang akan diadakan tidak lama lagi.
Timbalan Pengerusi PN, Tuan Ibrahim Tuan Man, mengesahkan perkara itu selepas mesyuarat pimpinan tertinggi gabungan itu di ibu negara pada malam semalam.
“Perkara ini sudah kita bincang dan kita dah ambil keputusan untuk tidak menghantar calon bagi PRK berkenaan.
“Bagaimanapun, PN akan terus memantau perkembangan PRK dan calon yang akan bertanding,” katanya dipetik laporan media.
Keputusan itu dibuat selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan akan mengadakan mesyuarat khas bagi menguruskan PRK tersebut pada 16 Disember ini.
Kekosongan kerusi itu berlaku susulan kemangkatan penyandangnya, Bung Moktar Radin pada 5 Disember lalu.
Bung Moktar yang juga Pengerusi BN Sabah, baru sahaja berjaya mempertahankan kerusi DUN Lamag dengan majoriti 153 undi dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 pada 29 November lalu.
Sementara itu, Tuan Ibrahim turut merakamkan penghargaan kepada pengundi di DUN Karambunai yang menyokong calon PN dalam pilihan raya negeri tersebut.
“Ia membuktikan penerimaan rakyat Sabah kepada prinsip perjuangan dibawa PAS dan PN,” ujarnya.
Dengan keputusan ini, PRK Kinabatangan dan Lamag dijangka menjadi pertandingan terus antara calon Barisan Nasional dan parti-parti lain yang bakal meletakkan pencalonan.
PAS Terengganu cadang calon PM dari negeri itu
PAS dicabar tarik balik Amanat Hadi, ramai orang UMNO masih tersinggung
Anwar: PRU-16 awal? Tunggu masa sesuai
Pelantikan Ketua Audit Negara perlu bebas campur tangan politik: Syahredzan
PAS-UMNO makin terbuka, hantar wakil hadir ke PAU
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum