Presiden Xi terima kunjungan hormat Anwar, zahir penghargaan atas jemputan

September 2, 2025 · Isu semasa

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim hari ini mengadakan kunjungan hormat bertemu Presiden China, Xi Jinping, di Dewan Agung Rakyat sebelum bertemu dengan Perdana Menteri Li Qiang di Rumah Tetamu Negeri Diaoyutai.

Dalam pertemuannya dengan Xi, Anwar mengucapkan terima kasih atas jemputan menyertai Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) 2025 di Tianjin baru-baru ini.

Beliau turut menantikan peluang bersama Xi esok untuk menyaksikan Perarakan Hari Kemenangan China di Dataran Tiananmen sempena ulang tahun ke-80 berakhirnya Perang Dunia Kedua.

Anwar menegaskan, sambutan itu bukan sahaja melambangkan ketahanan, tetapi juga penting sebagai pendidikan generasi akan datang, selaras dengan Inisiatif Tadbir Urus Global (GGI) yang diumumkan Xi ketika SCO.

Beliau menyifatkan lawatan Xi ke Malaysia pada April lalu mendapat sambutan hangat daripada rakyat dan kepimpinan negara, serta berharap hubungan istimewa Malaysia-China akan menjadi contoh kepimpinan di peringkat dunia.

“Lawatan anda amat hebat, diterima dengan sangat baik oleh Raja dan rakyat Malaysia.

“Kami berada di sini, sudah tentu, untuk memastikan apa yang telah dipersetujui akan dilaksanakan dengan cepat kerana saya mahu hubungan strategik dan komprehensif yang istimewa ini memimpin dunia. Jadi, sekali lagi, terima kasih,” kata Anwar.

Turut hadir mengiringi Anwar ialah Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Selepas pertemuan bersama Xi, Anwar mengadakan mesyuarat dua hala dengan Li Qiang sebelum diraikan dalam jamuan rasmi.

Lawatan kerja empat hari beliau ke China ini adalah yang keempat sejak 2023, dengan agenda meliputi Sidang Kemuncak SCO Plus 2025 di Tianjin, mesyuarat bersama pemimpin industri utama China, serta penyertaan dalam perarakan Hari Kemenangan di Beijing esok.

Berita berkaitan
Himpunan rumah ibadat cetus kontroversi, AMK Johor pertahan Anwar
5 jam lalu· Politik
Ternakan babi dibenar jika jauh dari kawasan penduduk: Anwar
7 jam lalu· Isu semasa
Pembinaan rumah ibadat perlu patuh undang-undang: PMX
7 jam lalu· Isu semasa
Kebebasan bersuara ada had, jangan sampai timbul kegusaran: Fahmi
February 8, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Rizab BNM cecah AS$126.9 bilion
2 jam lalu · Isu semasa
Pelan baharu tangani kos sara hidup dilancar tahun ini: Armizan
2 jam lalu · Isu semasa
Pelabur asing terus beli saham tempatan, aliran masuk cecah RM15 juta
5 jam lalu · Isu semasa
Adam pertahan sekatan perjalanan peminjam PTPTN
5 jam lalu · Isu semasa
Ringgit kekal stabil sekitar paras RM3.94 berbanding dolar: Bernama
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
Kerajaan tegas pantau kandungan AI berbahaya: Nie Ching
January 28, 2026
[VIDEO] Menteri Pertahanan beri penjelasan isu rasuah ATM di Parlimen
January 28, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok