PRN Melaka: PH sambut baik ruang rundingan BN

August 9, 2026 · Politik

Pakatan Harapan (PH) menyambut baik keterbukaan Barisan Nasional (BN) untuk berunding mengenai agihan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang.

Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil berkata, ruang rundingan itu wajar diteliti demi memastikan kestabilan politik Melaka terus dipelihara, selain memberi manfaat kepada pentadbiran di peringkat negeri dan Persekutuan.

Menurutnya, Ketua Keadilan Melaka, Adam Adli Abdul Halim juga sudah menghubungi Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh berkaitan isu pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Saya rasa keterbukaan ini adalah peluang yang baik untuk kita teliti kerana kita tahu di Melaka, BN mempunyai 21 kerusi, manakala PH mempunyai lima kerusi. Jadi itu satu perkara yang realistik,” katanya selepas merasmikan Program Gotong-royong Mega Perangi Aedes di kawasan Lembah Pantai hari ini.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, beberapa perkara berkaitan pengagihan kerusi DUN Melaka boleh dibincangkan dan diselaraskan di peringkat negeri serta Persekutuan.

Perkembangan itu susulan kenyataan Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini yang mengesahkan gabungan itu masih membuka ruang rundingan berhubung agihan, termasuk kemungkinan pertukaran kerusi bagi menghadapi PRN Melaka.

Ahmad Zahid berkata, rundingan hanya boleh dilakukan secara jujur dan ikhlas serta tidak menjejaskan jumlah kerusi yang dimiliki setiap parti.

Beliau turut menegaskan prinsip asas rundingan ialah kerusi yang sudah dimenangi mana-mana parti perlu dihormati dan tidak diserahkan begitu sahaja kepada rakan politik.

Dalam PRN Melaka 2021, BN muncul sebagai gabungan dominan selepas memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN, manakala PH memperoleh lima kerusi. PN pula memenangi dua kerusi.

Dengan PRN Melaka semakin menjadi perhatian, isu agihan kerusi antara parti dalam Kerajaan Perpaduan dijangka menjadi antara perkara utama yang perlu diselesaikan bagi mengelakkan pertandingan sesama sendiri.

Berita berkaitan
Fahmi: Pertumbuhan ekonomi mesti masuk poket rakyat
August 10, 2026· Isu semasa
Azmin kepada Amirudin: Anda tidak berseorangan, jangan gundah-gulana
August 10, 2026· Politik
PN terus ketepikan Bersatu dalam rundingan kerusi PRN Melaka dengan BN
August 10, 2026· Politik
Pendirian DAP dalam kerajaan ditentukan 16 Ogos
August 10, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Ibrahim Ali sindir PAS, sekutu ‘bela’ UMNO dalam isu RCI TH keluar dewan
8 jam lalu · Politik
Mahfuz: Kalau mahu bela pendeposit TH, pembangkang patut duduk dan bahas
8 jam lalu · Politik
Syed Saddiq bidas pembangkang boikot keluar dewan, ini amanah pendeposit TH
8 jam lalu · Politik
Muhyiddin: Jangan lantik orang politik pimpin Tabung Haji
8 jam lalu · Politik
Bersatu pertahan RCI TH, kecam tindakan Ahli Parlimen PN keluar dewan
13 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
13 jam lalu
[VIDEO] Anak perantauan digesa balik, undi calon PH demi masa depan Negeri Sembilan
July 31, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok