PRN N9: PH ikrar teruskan dasar beri manfaat kepada rakyat

July 22, 2026 · Politik

Pakatan Harapan (PH) berikrar meneruskan dasar pembangunan inklusif yang memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama sekiranya diberi mandat sekali lagi mentadbir Negeri Sembilan selepas Pilihan Raya Negeri ke-16 (PRN16).

Calon PH bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi, Aminuddin Harun berkata pentadbiran negeri sebelum ini telah melaksanakan pelbagai inisiatif secara adil termasuk menyalurkan peruntukan kepada institusi pendidikan agama, sekolah vernakular serta hal ehwal bukan Islam.

Menurutnya, pendekatan itu akan diteruskan kerana kerajaan bertanggungjawab memastikan hasil pembangunan negeri dapat dinikmati oleh seluruh rakyat.

“Kita juga memberi bantuan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Pusat Tahfiz dalam satu kumpulan yang sama.

“Jadi kita ingin melihat inilah Negeri Sembilan, kita berbeza. Memang ada sedikit ketidakpuasan hati. Saya yakin orang Melayu pun tak puas hati, orang Cina pun tak puas hati, orang India pun tak puas hati.

“Tetapi kita harus melihat keseluruhannya dalam keadaan memastikan kestabilan negeri. Kita sedang mengangkat negeri ini, kita sedang mengubah negeri ini menjadi lebih baik bukan sahaja untuk satu golongan ataupun masyarakat tetapi untuk masyarakat keseluruhan.

“Bukan kita fikirkan hanya satu kaum sahaja atau satu agama tetapi kita lihat kita sebagai sebuah entiti keluarga besar ataupun masyarakat di negeri kita,” katanya.

Aminuddin yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata manifesto PH bagi PRN16 memberi penekanan kepada penyediaan lebih banyak rumah mampu milik, peluang pekerjaan berkualiti serta memastikan hasil pembangunan negeri dikembalikan kepada rakyat.

Katanya, kerajaan negeri mahu memastikan setiap hasil yang diperoleh dapat dimanfaatkan semula untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di seluruh Negeri Sembilan.

“Kita letakkan dalam manifesto kita, antaranya penyediaan perumahan, peluang pekerjaan yang lebih baik, bergaji yang lebih bermoral. Kita nak pastikan pembangunan itu dapat dirasai oleh semua.

“Kita nak sampaikan semula apa yang kita kutip dan kita peroleh setiap tahun kembali kepada rakyat, nak jaga masyarakat itu antara usaha kita. Nak pastikan masyarakat terbanyak, masyarakat keseluruhannya mendapat manfaat daripada kemajuan negeri ini,” katanya.

Isnin lalu, PH melancarkan manifesto PRN16 bertemakan ‘Stabil, Makmur, Inklusif’ yang menggariskan 10 komitmen utama meliputi pertumbuhan ekonomi, peluang pekerjaan, kebajikan rakyat, pendidikan, perumahan dan tadbir urus kerajaan.

PRN16 Negeri Sembilan menyaksikan PH mempertahankan kedudukannya sebagai kerajaan negeri selepas mentadbir sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 2018.

Gabungan itu kini berusaha mengekalkan mandat dengan menawarkan kesinambungan pembangunan serta dasar yang memberi manfaat kepada semua rakyat negeri ini.

 

Berita berkaitan
Seorang MKT UMNO persoal gesaan ganti Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA
11 jam lalu· Politik
Jika BN-PH bersama, saya tak bertanding PRN Melaka: Akmal
12 jam lalu· Politik
Aminuddin ambil tanggungjawab, sedia berundur
August 16, 2026· Politik
Kerajaan perkemas komunikasi, pastikan rakyat faham dasar: Fahmi
August 16, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Rafizi teruskan saman fitnah terhadap Caprice kerana dakwaan rasuah
7 jam lalu · Politik
Syahredzan cadang peruntukan Ahli Parlimen ikut jumlah pengundi
12 jam lalu · Politik
PH-BN mungkin runding kerusi elak pertembungan di Melaka: Saifuddin
August 18, 2026 · Politik
Gobind mahu peruntukan Ahli Parlimen bebas diskriminasi
August 18, 2026 · Politik
UMNO perlukan kuasa untuk ‘tikam belakang’, jadi perlu kekal dalam kerajaan: Puad
August 18, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok