PRN NS: PH dakwa sudah lepasi sasaran pelaburan BN

11 jam lalu · Politik

25 JUL : Pakatan Harapan (PH) mendakwa prestasi pelaburan Negeri Sembilan di bawah pentadbirannya telah mengatasi sasaran yang ditetapkan Barisan Nasional (BN) dalam manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN).

Pengerusi PH Negeri Sembilan, Aminuddin Harun berkata sasaran pelaburan RM30 bilion dalam tempoh lima tahun yang diumumkan BN tidak menggambarkan prestasi sebenar ekonomi negeri ketika ini.

“Kalau sasaran mereka hanya RM30 bilion untuk lima tahun, kita telah melepasi angka itu dalam tempoh lebih kurang satu tahun setengah sahaja.

“Kerajaan negeri meletakkan sasaran minimum RM10 bilion pelaburan setahun kerana kita yakin Negeri Sembilan mampu mencapai prestasi yang lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program jelajah mesra di Pekan Linggi, hari ini.

Beliau berkata Negeri Sembilan merekodkan pelaburan berjumlah RM19 bilion pada tahun lalu, manakala hampir RM13 bilion lagi berjaya dicapai dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, menjadikan jumlah keseluruhan melebihi RM30 bilion dalam masa kira-kira satu tahun setengah.

Aminuddin yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi berkata sasaran pelaburan lebih tinggi penting bagi memastikan Negeri Sembilan kekal sebagai destinasi pelaburan yang kompetitif, sekali gus membuka lebih banyak peluang pekerjaan, meningkatkan pendapatan rakyat dan merangsang pertumbuhan ekonomi.

Mengulas cadangan BN untuk menyusun semula pembangunan Malaysia Vision Valley (MVV), beliau berkata kerajaan negeri telah lebih awal menambah baik pelan pembangunan kawasan itu dengan memberi keutamaan kepada sektor perindustrian berbanding pembangunan perumahan.

Menurutnya, pendekatan itu bertujuan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan supaya rakyat dapat tinggal, bekerja dan beriadah di Negeri Sembilan tanpa perlu berhijrah ke negeri lain.

Dalam perkembangan sama, Aminuddin berkata beberapa insentif yang ditawarkan BN mempunyai persamaan dengan inisiatif yang telah dilaksanakan kerajaan PH.

Namun katanya, PH mengambil pendekatan lebih menyeluruh apabila bantuan bukan sahaja diteruskan kepada golongan B40, malah turut diperluaskan kepada kumpulan M40.

Kempen PRN Negeri Sembilan ketika ini menyaksikan isu ekonomi, pelaburan dan peluang pekerjaan menjadi antara fokus utama kedua-dua gabungan.

PH mempertahankan rekod pentadbiran semasa, manakala BN menawarkan beberapa sasaran baharu menerusi manifesto bagi menarik sokongan pengundi.

 

Berita berkaitan
Aminuddin dakwa manifesto BN tiru tawaran PH, salin dan tukar sahaja
2 jam lalu· Politik
Muhyiddin jangka kerjasama BN-PN sukar bertahan
4 jam lalu· Politik
PH yakin kekal kuasai DUN Pilah, namun enggan alpa
4 jam lalu· Politik
Manifesto BN ketinggalan jauh, Aminuddin sifatkan tidak realistik
7 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Fahmi: Politik sepatutnya menyatupadukan rakyat, tindakan pemimpin PAS dikritik
2 jam lalu · Politik
Selepas BN enggan kongsi manifesto, PN tampil dengan tawaran sendiri
2 jam lalu · Politik
BN-PN tak tergesa-gesa bentuk gabungan, UMNO berhati-hati dengan PAS
2 jam lalu · Politik
Pemuda Amanah lapor polis kenyataan Sanusi, dakwa boleh cetus ketegangan kaum
7 jam lalu · Politik
PRN: Manifesto Bersatu untuk Negeri Sembilan, pertaruh 76 tawaran
9 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Manifesto BN ketinggalan jauh, Aminuddin sifatkan tidak realistik
7 jam lalu
[VIDEO] Zahid: Elok Sanusi balik Kedah, tak perlu lagi berkempen di NS
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok