PRN Sabah: BN buat keputusan muktamad tak bekerjasama dengan GRS

September 5, 2025 · Politik

Barisan Nasional (BN) dan UMNO Sabah membuat keputusan muktamad untuk tidak bekerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 yang akan datang.

Sebaliknya, mereka hanya akan menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi pilihan raya negeri tersebut, pengumuman itu dibuat Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamid malam tadi.

Zahid berkata keputusan itu dibuat setelah meneliti semua fakta dan butiran daripada perbincangan tiga pihak yang diadakan sebelum ini.

“Setelah meneliti semua fakta dan butiran daripada perbincangan tiga pihak sebelum ini, saya telah menyampaikan keputusan kepimpinan UMNO bahawa kami mengekalkan kerjasama BN-PH.

“Namun, BN Sabah dan UMNO Sabah memutuskan secara muktamad bahawa tidak akan ada kerjasama dengan GRS,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Biro Politik UMNO Sabah.

Sentara itu, Ketua UMNO Sabah, Bung Moktar Radin menyambut baik keputusan tersebut dan menyatakan kesediaan jentera parti untuk digerakkan bagi memastikan kemenangan calon BN pada PRN nanti.

“Insya-Allah, kami akan menggerakkan seluruh jentera untuk memastikan calon BN akan memenangi kerusi ditandingi pada PRN Sabah nanti.

“Kami cukup yakin dengan kerja keras yang telah diusahakan selama bertahun-tahun ini dan dengan kebolehan jentera kami bawah sistem dan struktur parti yang kukuh.

“Kami percaya UMNO-BN akan dapat meletakkan diri sebagai parti dominan selepas pilihan raya nanti,” katanya.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu berkata, banyak faktor yang menyebabkan BN dan UMNO Sabah tidak dapat bekerjasama dengan GRS, termasuk isu pertindihan kerusi.

Selain itu, katanya, dakwaan kegagalan GRS melaksanakan tanggungjawab sebagai kerajaan juga dijadikan pertimbangan terbabit.

Justeru, beliau berkata, UMNO Sabah amat bersetuju dengan keputusan dimuktamadkan itu dan bersedia menggalas amanah serta tanggungjawab pada PRN-17.

Mengenai agihan kerusi dengan PH pula, Bung Moktar berkata, perkara itu akan dimuktamadkan melalui perbincangan dengan kepemimpinan PH, dengan BN dijangka menguasai lebih separuh daripada 73 kerusi.

Berita berkaitan
Muktamad! Tiada kerjasama dengan PAS walaupun putus dengan Bersatu: Zahid
4 jam lalu· Politik
UMNO jangan ulang formula lama kerjasama dengan PAS: Mahfuz
4 jam lalu· Politik
Bersatu tetap teguh walau ditinggalkan PAS: Azmin
5 jam lalu· Politik
Amanah sasar bertanding 20 kerusi pada PRN Johor
5 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Perpisahan PAS-Bersatu sudah dijangka apabila tiada keikhlasan: Zahid
5 jam lalu · Politik
Bersatu kecewa PAS tamatkan kerjasama, tetap kekal dalam PN: Muhyiddin
5 jam lalu · Politik
Rekod PAS jelas, kawan akan jadi lawan: Saifuddin Nasution
5 jam lalu · Politik
UMNO kena hati-hati dengan PAS, jangan masuk ‘lubang biawak’ lagi: Puad
8 jam lalu · Politik
Samsuri gagal selaku Pengerusi PN sehingga bawa perpecahan: Tun Faisal
9 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok