Ahmad Zahid Hamidi.
Barisan Nasional (BN) akan menumpukan usaha untuk mempertahankan kesemua 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenanginya sebelum ini sekiranya gagal mencapai persefahaman dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 Sabah.
Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi, berkata pihaknya sudah memantap dan memuktamadkan rundingan dengan Pakatan Harapan (PH), namun perbincangan dengan GRS masih belum mencapai kata sepakat.
“Setakat ini kita menghormati kerjasama antara PH dengan GRS. Yang penting ialah soal kemenangan.
“Kita lebih menumpukan kepada kerusi-kerusi yang kita menangi dan itulah tujuan kita,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) hari ini.
Beliau mengingatkan BN akan tetap menggunakan lambang parti sendiri dalam PRN-17 di Sabah tidak kira sama ada wujud atau tidak persefahaman dengan parti kerajaan negeri tersebut.
“Kalau perkara itu (kerjasama BN-GRS) tidak dapat diselesaikan, pegangan kita tidak akan menggunakan apa-apa lambang lain, kita akan terus pakai lambang BN,” tegasnya.
Mengenai persediaan BN, Zahid memberitahu bahawa jentera pilihan rayanya telah digerakkan lebih awal bagi menghadapi PRN-17 di Sabah.
“Kita di semua 73 Dewan Undangan Negeri Sabah telah kita gerakkan sekian lama, dan kita sedang melihat kawasan-kawasan tumpuan yang akan kita berikan perhatian,” jelasnya.
Pertemuan antara Perdana Menteri Anwar Ibrahim, Zahid dan Pengerusi GRS Hajiji Noor diadakan pada 18 Ogos lalu di Putrajaya bagi membincangkan kerjasama menjelang PRN-17.
PUTRA lapor polis, dakwa Exco Negeri Sembilan ganggu institusi Raja
Ahli PAS digesa utamakan dana kompleks parti, bukan tabung Najib: Iskandar
Tahanan rumah Najib: Mahfuz persoal asas undang-undang pengampunan
RM50 juta belum dibayar, Najib masih tunggu proses tahanan rumah: Laporan
MB: Exco Negeri Sembilan masih sah, tidak perlu senarai baharu
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum