Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh.
Kesemua sepuluh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 telah mengikat janji setia kepada parti dengan menandatangani satu surat aku janji yang disertakan dengan bon perjanjian bernilai RM10 juta.
Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh, mengesahkan perkara itu dan menjelaskan bon bernilai tinggi itu akan dikenakan sekiranya mana-mana calon membelot amanah parti selepas memenangi kerusi.
“Semoga komitmen 100 peratus calon kepada parti, pengundi dan kawasan diwakili, dapat melaksanakan amanah diberikan sehingga berjaya membentuk kerajaan negeri yang baharu,” katanya dipetik laporan media.
Barisan calon PKR untuk PRN Sabah ini terdiri daripada individu yang mempunyai latar belakang yang pelbagai, termasuklah bekas timbalan menteri, penjawat awam serta golongan profesional.
Pengumuman calon ini telah dibuat secara rasmi oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, yang juga merupakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan Presiden PKR malam tadi.
Dalam majlis pelancaran calon tersebut, Anwar turut memaklumkan PH akan bertanding di 23 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN kali ini.
Kesemua calon PH, termasuk dari PKR, akan berkempen menggunakan logo bersama PH.
Langkah ini dilihat sebagai usaha untuk memperkukuh kesatuan dan identiti bersama dalam kalangan parti komponen pakatan.
Majoriti perwakilan DAP sokong kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga habis penggal
DAP pilih kestabilan, hormati keputusan Anwar kekalkan BN
Kemiskinan, dadah ancaman sebenar orang Melayu: Saifuddin Nasution
RM2.58 bilion rugi, Syed Saddiq persoal pelaburan TH sampai ‘naik darah’
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri