PRN Sabah: Rahman Dahlan tarik diri bertanding di DUN Tempasuk

November 12, 2025 · Politik

Timbalan Ketua UMNO Sabah, Abdul Rahman Dahlan secara mengejut menarik diri daripada bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang bagi kerusi Tempasuk.

Keputusan itu disahkan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Bung Moktar Radin dengan berkata Abdul Rahman telah memaklumkan keputusannya itu secara peribadi kepada parti dan akan diganti dengan Ketua Bahagian UMNO Kota Belud, Azwan Norjan.

“Beliau memberitahu kami bahawa beliau menarik diri sebagai calon. Azwan Norjan, Ketua Bahagian UMNO Kota Belud, kini akan bertanding di kerusi itu,” jelas Bung Moktar dipetik laporan media hari ini.

Ditanya mengenai punca sebenar di sebalik langkah bekas menteri persekutuan itu, Bung Moktar enggan mengulas lanjut dengan menegaskan, adalah lebih baik untuk merujuk terus kepada pihak terbabit.

“Tidak mengapa. Apa kita boleh buat?” ujarnya lagi.

Abdul Rahman juga setakat ini tidak memberikan sebarang penjelasan berhubung keputusannya itu.

Keputusan Abdul Rahmanitu mengejutkan banyak pihak dalam parti, memandangkan beliau dilihat sebagai salah seorang pemimpin kanan BN yang dijangka membuat kemunculan semula dalam arena politik negeri.

Kerusi Tempasuk yang menjadi tumpuan ini kini disandang oleh Arsat Bistari, yang memenanginya di bawah tiket BN pada PRN 2020 sebelum menyatakan sokongan kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

GRS telah menamakan Arsat sebagai calon mereka untuk mempertahankan kerusi tersebut.

Penarikan diri Abdul Rahman Dahlan pastinya mengubah landskap pertandingan di kerusi Tempasuk dan memberi kejutan pertama menjelang hari penamaan calon pada 15 November ini.

Berita berkaitan
PAS dicabar tarik balik Amanat Hadi, ramai orang UMNO masih tersinggung
18 jam lalu· Politik
PAS-UMNO makin terbuka, hantar wakil hadir ke PAU
19 jam lalu· Politik
Guan Eng mahu Zahid dikenakan tindakan isu lebihan belanja di KKDW
19 jam lalu· Politik
Rundingan PAS-BN positif tapi belum muktamad
21 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
PAS Terengganu cadang calon PM dari negeri itu
13 jam lalu · Politik
Anwar: PRU-16 awal? Tunggu masa sesuai
18 jam lalu · Politik
Pelantikan Ketua Audit Negara perlu bebas campur tangan politik: Syahredzan
19 jam lalu · Politik
Amanah cadang PH bentuk ‘khemah besar’ hadapi PRU-16, kerjasama dengan Bersatu
22 jam lalu · Politik
Hadi: Semua kerusi PAS wajib dipertahan pada PRU depan
22 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok