PRN Terengganu: Tuan Ibrahim nafi PAS tak ikhlas dengan UMNO

September 16, 2026 · Politik

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu dan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) merupakan dua perkara berbeza.

Beliau berkata pendiriannya yang menyokong PRU-16 diawalkan tidak bermaksud PAS perlu bersetuju dengan cadangan supaya Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu dibubarkan lebih awal.

“PRU bukan PRN. Sepatutnya beliau desak UMNO di Perak, Pahang dan Selangor keluar atau tendang Pakatan Harapan (PH) dari kerajaan negeri,” katanya menurut laporan portal FMT.

Tuan Ibrahim mengulas kenyataan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Puad Zarkashi yang mempersoalkan pendirian beliau berhubung cadangan mengadakan PRN Terengganu lebih awal.

Puad sebelum ini mendakwa alasan kos digunakan PAS bagi menolak PRN Terengganu menimbulkan persoalan terhadap pendirian parti itu mengenai kerjasama politik dengan UMNO menjelang PRU-16.

Beliau turut mempersoalkan bagaimana Tuan Ibrahim boleh menyokong PRU-16 diawalkan, namun pada masa sama menolak cadangan supaya PRN Terengganu diadakan lebih awal.

Menjawab perkara itu, Tuan Ibrahim sebelum ini menjelaskan tiada keperluan untuk membubarkan DUN Terengganu kerana pentadbiran negeri berada dalam keadaan stabil.

Menurutnya, pilihan raya negeri lebih awal hanya akan menambah kos serta mewujudkan tekanan politik kepada rakyat tanpa keperluan mendesak.

Isu tersebut tercetus selepas Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan mencadangkan supaya PRN Terengganu diadakan lebih awal sebagai langkah menguji kesungguhan PAS dalam usaha penyatuan Melayu.

Mohamad turut mencadangkan formula kerjasama di Terengganu dijadikan model sekiranya PAS dan UMNO mahu membentuk kerjasama politik lebih tersusun bagi menghadapi PRU-16.

Pada PRN Terengganu 2023, PAS menguasai kesemua 32 kerusi DUN selepas UMNO gagal memenangi sebarang kerusi.

Dalam PRU-15 pula, PAS memenangi kesemua lapan kerusi Parlimen di negeri itu, sekali gus mengukuhkan penguasaan parti berkenaan di Terengganu.

Perdebatan mengenai PRN Terengganu kini menjadi antara isu yang menguji hala tuju hubungan PAS-UMNO, khususnya ketika kedua-dua parti berdepan persoalan mengenai bentuk kerjasama politik menjelang PRU-16.

Berita berkaitan
Krisis takhta NS, Syahredzan nasihat jangan cabar institusi Raja sesuka hati
September 21, 2026· Politik
Ab Rauf titip tiga pesan sebelum DUN Melaka dibubar
September 21, 2026· Politik
Ahli PAS digesa utamakan dana kompleks parti, bukan tabung Najib: Iskandar
8 jam lalu· Politik
Tabung RM50 juta Najib: Wanita PKR persoal UMNO bawa budaya memaafkan perasuah?
11 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
PUTRA lapor polis, dakwa Exco Negeri Sembilan ganggu institusi Raja
September 21, 2026 · Politik
Amanah mahu MB Negeri Sembilan bubar DUN
8 jam lalu · Politik
Tahanan rumah Najib: Mahfuz persoal asas undang-undang pengampunan
9 jam lalu · Politik
RM50 juta belum dibayar, Najib masih tunggu proses tahanan rumah: Laporan
9 jam lalu · Politik
MB: Exco Negeri Sembilan masih sah, tidak perlu senarai baharu
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok