Projek terowong P. Pinang menyerupai ‘penipuan tanah’, kata saksi SPRM

October 14, 2025 · Isu semasa

Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang dan tiga jalan utama bernilai RM6.7 bilion didakwa sebagai satu helah semata-mata yang menyerupai “penipuan tanah”, menurut keterangan saksi seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Penolong Kanan Pesuruhjaya SPRM, Zulhilmi Ramli, yang juga merupakan pegawai penyiasat kes tersebut, mendakwa dalam penyataannya bekas Ketua Menteri, Lim Guan Eng, menyalahgunakan kuasanya untuk membantu ahli perniagaan Zarul Ahmad Mohd Zulkifli dan syarikatnya, Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd, mendapatkan projek mega infrastruktur itu.

“Hasil siasatan mendapati tertuduh telah meminta 10 peratus daripada keuntungan projek itu daripada Zarul Ahmad sebagai balasan kerana membantu syarikatnya mendapatkan kontrak berkenaan,” kata Zulhilmi di hadapan Hakim Azura Alwi.

“Siasatan turut mendedahkan bahawa tertuduh merancang untuk menganugerahkan projek kontroversi itu terus kepada syarikat Zarul, dengan mengenepikan proses tender terbuka yang sepatutnya,” tambahnya.

Menurut keterangan, pertemuan antara Guan Eng dan Zarul telah berlaku beberapa kali antara Januari dan Mac 2011.

Dalam pertemuan itu, Guan Eng didakwa mencadangkan satu memorandum persefahaman (MoU) ditandatangani, dengan menyatakan projek akan diberikan melalui rundingan terus.

“Guan Eng kemudian meminta 10 peratus daripada keuntungan projek, dan Zarul bersetuju,” kata Zulhilmi.

MoU tersebut akhirnya ditandatangani pada Mac 2011, sebelum sebarang tender terbuka dijalankan.

“Siasatan saya mendapati tujuan MoU itu adalah bagi memudahkan penganugerahan terus kepada Zenith BUCG. Dokumen itu langsung tidak menyebut mengenai proses tender terbuka,” ujarnya lagi.

Walaupun Guan Eng kemudian mendakwa projek itu melalui tender terbuka, Zulhilmi menegaskan tindakan dan arahan beliau kepada pegawai kerajaan negeri menunjukkan sebaliknya.

“Keputusan untuk melantik syarikat tersebut dibuat secara tergesa-gesa dan atas kepentingan peribadi. Sejak awal lagi, Guan Eng tidak telus mengenai proses itu,” katanya.

Sementara itu, peguam pembela Guan Eng, Ramkarpal Singh, membantah penyataan saksi tersebut dengan alasan ia mengandungi pandangan dan bukan bukti fakta.

Pendakwaan bagaimanapun berhujah pegawai penyiasat berhak memberikan penjelasan berdasarkan siasatan.

Hakim Azura kemudiaan menangguhkan keputusan terhadap bantahan tersebut tetapi membenarkan saksi meneruskan keterangan buat sementara.

Guan Eng didakwa menggunakan kedudukannya untuk meminta suapan berhubung projek bernilai RM6.3 bilion itu.

Perbicaraan akan disambung esok.

Berita berkaitan
Lelongan tuala dan selipar Jamal raih RM66,000 untuk bayar saman
1 jam lalu· Politik
Guan Eng persoal kedudukan Azam Baki berhubung isu saham
2 jam lalu· Politik
Rafizi ambil tindakan undang-undang baharu terhadap NFCorp dan pengarah: Laporan
2 jam lalu· Politik
Ismail Sabri belum buat keputusan bertanding atau tidak dalam PRU depan: Laporan
14 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan perangi judi haram secara lebih agresif: PMX
4 jam lalu · Isu semasa
Dewan Rakyat diberitahu lebih 21,000 remaja hamil luar nikah sejak 2019
4 jam lalu · Isu semasa
Pembinaan rumah ibadat perlu mengikut lunas perundangan, titah Agong
4 jam lalu · Isu semasa
Majoriti pengguna RON95 guna bawah 200 liter sebulan: Anwar
4 jam lalu · Isu semasa
MCMC berjaya tumpaskan sindiket Stesen Pangkalan Palsu di Johor
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
Kerajaan tegas pantau kandungan AI berbahaya: Nie Ching
January 28, 2026
[VIDEO] Menteri Pertahanan beri penjelasan isu rasuah ATM di Parlimen
January 28, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok