Projek Wi-Fi IPTA pastikan capaian internet laju, pacu pembelajaran digital: Fahmi

September 15, 2025 · Isu semasa

Pelaksanaan projek Wi-Fi IPTA di Politeknik Seberang Perai yang telah beroperasi sejak 14 Julai lalu, berjaya meningkatkan kelancaran pengalaman pembelajaran digital dan pentadbiran kampus.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata inisiatif di bawah Jalinan Digital Negara (JENDELA) ini dilaksanakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi memastikan capaian Internet berkelajuan tinggi di seluruh IPTA.

“Penyediaan kemudahan rangkaian yang lebih stabil dan menyeluruh ini memberi manfaat besar kepada pelajar serta warga IPTA, sekali gus menyokong usaha Kerajaan MADANI memperluas ketercapaian digital untuk semua lapisan masyarakat,” katanya semasa meninjau perkembangan projek itu hari ini.

Menurut pihak pengurusan politeknik, kemudahan baharu itu telah memberikan impak positif terhadap pengajaran dan pembelajaran, operasi harian, serta aktiviti penyelidikan.

Sementara itu, MCMC akan terus memantau keberkesanan projek bagi memastikan kualiti perkhidmatan kekal memenuhi keperluan pengguna.

Selain itu, Fahmi turut meluangkan masa bersama 70 pelajar dalam Kempen Internet Selamat (KIS) yang menekankan empat isu utama: penipuan dalam talian, buli siber, perkongsian maklumat peribadi berlebihan, serta penyebaran maklumat palsu.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Mohamad Fauzi Md Isa dan Pengarah Urusan MCMC, Abdul Karim Fakir Ali.

Berita berkaitan
Kerangka baharu bagi graduan hadapi dunia kerja era AI: MCMC
4 jam lalu· Isu semasa
Pesara rugi lebih RM300,000 ditipu sindiket pelaburan dalam talian: Bernama
7 jam lalu· Isu semasa
Suri rumah rugi RM18,408 terpedaya job scam
October 4, 2026· Isu semasa
Menjelang PRN Melaka, J-Kom perkemas strategi komunikasi tangkis berita palsu
October 4, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
PMX mahu tatakelola tanah diperkukuh, pencerobohan dibendung
4 jam lalu · Isu semasa
Subsidi kerajaan turun 40 peratus, bantuan untuk rakyat melonjak
4 jam lalu · Isu semasa
Muhyiddin gesa siasatan telus tragedi Irene Sofiya
4 jam lalu · Isu semasa
MYEG digantung, RM314 juta hasil kerajaan masih tertunggak
7 jam lalu · Isu semasa
130,307 penagih dadah direkodkan setakat Jun
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok