Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Proses pelantikan kehakiman perlu dihormati semua pihak selaras Perlembagaan Persekutuan serta bidang kuasa ditetapkan.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengulas berhubung rancangan kumpulan peguam mahu berhimpun pada Isnin ini, namun menegaskan semua pihak perlu menghormati sistem sedia ada termaktub mengikut Perlembagaan Persekutuan.
“Itu keputusan dia (penganjur perhimpunan) tapi kita sudah jelaskan, Peguam Negara (Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar) sudah jelaskan, (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said jelaskan, malah Yang di-Pertuan Agong pun sudah jelaskan.
“Jadi kita ikutlah proses dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang ada,” katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Putrajaya.
Semalam, Istana Negara dalam satu kenyataan menggesa semua pihak tidak mempolitikkan isu pelantikan hakim mahkamah atasan.
Istana Negara berkata sebarang isu melibatkan pelantikan hakim mahkamah tertinggi negara perlu ditangani dengan cermat dan secara sah supaya perjalanan kuasa oleh Yang di-Pertuan Agong tidak dipolitikka.
“Pelantikan hakim-hakim mahkamah atasan adalah urusan kenegaraan yang penting serta perlu ditangani secara cermat dan integriti selaras dengan Perlembagaan Persekutuan,” menurut kenyataan berkenaan.
Menurut Istana Negara, hal pelantikan di bawah Perlembagaan Persekutuan hendaklah ditangani secara sah supaya perjalanan kuasa oleh Yang di-Pertuan Agong tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak.
“Mengikut Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan, pelantikan hakim dibuat oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja.
“Perkara ini secara jelasnya menzahirkan prinsip semak dan imbang dalam sistem kehakiman negara.
“Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 (Akta 695) adalah undang-undang yang memperuntukkan proses pemilihan calon hakim, namun kuasa untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong adalah terletak kepada Perdana Menteri,” menurut kenyataan itu lagi.
Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-269 dilapor akan bersidang pada 15 hingga 17 Julai ini bagi membincangkan mengenai kekosongan jawatan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan.
Lelongan tuala dan selipar Jamal raih RM66,000 untuk bayar saman
Guan Eng persoal kedudukan Azam Baki berhubung isu saham
Bersatu teruskan perjuangan jika ahli dan pimpinan kembali sertai UMNO: Razali
Sayap Bersekutu Bersatu pula desak Hamzah dipecat
Rafizi ambil tindakan undang-undang baharu terhadap NFCorp dan pengarah: Laporan
Kerajaan tegas pantau kandungan AI berbahaya: Nie Ching
[VIDEO] Menteri Pertahanan beri penjelasan isu rasuah ATM di Parlimen