Proton e.MAS 7 terajui pasaran EV Malaysia, rekod jualan tertinggi

September 18, 2025 · Isu semasa

Proton e.MAS 7 terus mengungguli pasaran kenderaan elektrik (EV) negara dengan mengekalkan takhta sebagai model EV terlaris untuk bulan Ogos 2025, sekaligus mencatatkan prestasi cemerlang buat bulan kelapan berturut-turut.

Menurut kenyataan Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET), sebanyak 5,811 unit e.MAS 7 telah berjaya diserahkan kepada pelanggan dari Januari hingga Ogos 2025.

Angka tersebut merangkumi 5,455 unit untuk pasaran domestik dan 356 unit yang telah dieksport ke empat pasaran antarabangsa.

Dengan pegangan pasaran sebanyak 24 peratus, hampir satu daripada setiap empat buah EV yang dijual di Malaysia tahun ini adalah Proton e.MAS 7.

Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang, mengucapkan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh para pemilik.

“Kami amat berterima kasih kepada semua pemilik Proton e.MAS 7. Model ini dibangunkan sebagai kereta untuk rakyat Malaysia, dan kami sentiasa mendengar maklum balas pelanggan untuk terus menambah baiknya,” katanya.

Kejayaan jualan mapan ini membuka lembaran baharu buat PROTON dengan peralihan strategik daripada model import sepenuhnya (CBU) kepada pemasangan tempatan (CKD).

Kilang EV pertama PROTON di Tanjung Malim telah dirasmikan pada Ogos 2025 dan sudah mula beroperasi.

Kilang yang terletak dalam Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) itu mempunyai kapasiti pengeluaran awal 20,000 kenderaan setahun dan berpotensi ditingkatkan kepada 45,000 unit.

Langkah ini bukan sahaja akan menjadikan e.MAS 7 sebagai kenderaan elektrik pertama Proton yang dipasang di Malaysia, malah dijangka memperkukuh ekosistem EV tempatan dengan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan serta menggalakkan penglibatan vendor tempatan.

Peralihan ini selari dengan aspirasi kerajaan untuk menjadikan Tanjung Malim sebagai hab EV negara.

Berita berkaitan
Bil elektrik boleh turun hingga RM47 sebulan mulai Oktober: TNB
September 18, 2026· Isu semasa
Subsidi bil elektrik: Had perlindungan naik kepada 800 kWj, kurangkan beban kenaikan
September 17, 2026· Isu semasa
AMK harap isu kenaikan elektrik diselesaikan segera, TNB perlu peka
September 17, 2026· Isu semasa
Keresahan bil elektrik naik, kerajaan cari langkah segera tangani: PMX
September 16, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
1MDB mohon izin rayu keputusan libat firma guaman UK
17 jam lalu · Isu semasa
Lawatan Anwar ke Shanghai perkukuh hubungan Malaysia-China
17 jam lalu · Isu semasa
MCMC siasat video pementasan 2018 yang kembali tular
17 jam lalu · Isu semasa
Gaji rakyat Malaysia naik kepada RM3,803 pada 2025
21 jam lalu · Isu semasa
Kes scam: Pesara guru rugi RM15,000 ditipu sindiket menyamar pegawai polis
September 20, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok