Puad bidas pertikai DNAA terhadap Najib, ungkit kes pemimpin DAP

June 23, 2025 · Politik

DAP dijadikan sasaran Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Mohd Puad Zarkashi ekoran kritikan pihak tertentu berhubung keputusan mahkamah melepas tanpa membebaskan (DNAA) Najib Razak dalam baki tiga pertuduhan kes rasuah SRC International Sdn Bhd.

Puad berkata tidak wajar kes DNAA kepada Najib dijadikan isu dan menyifatkan terdapat pihak yang bimbang UMNO akan jadi kuat semula jika bekas perdana menteri tersebut dibebaskan.

“Pihak yang membantah Najib diberi DNAA sebenarnya anti-Najib. Mereka takut Najib bebas.

“Jika Najib bebas bermakna UMNO-BN (Barisan Nasional) akan bangkit semula,” katanya dalam hantaran di media sosial hari ini.

Puad kemudiaan mengungkit keputusan DNAA yang diberikan mahkamah sebelum ini terhadap Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng ketika itu peguam negara adalah Tommy Thomas.

“Mereka ini membisu apabila lawan UMNO diberi DNAA. Bahkan mereka diam apabila Tommy Thomas gugur sepenuhnya pendakwaan terhadap Lim Guan Eng.

“Ada peguam berhujah pendakwaan tidak boleh dibuat disebabkan bukti pertuduhan diguna untuk kes lain,” katanya lagi.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 20 Jun baru-baru ini membuat keputusan DNAA ke atas Najib yang berdepan dengan dakwaan pengubahan wang haram berjumlah RM27 juta pada 3 Feb 2019.

Ia adalah kes kedua Najib yang melibatkan dana bekas anak syarikat 1MDB itu.

Ahli politik berusia 71 tahun berkenaan berdepan dengan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Kes mahkamah Guan Eng pula melibatkan dua pertuduhan rasuah dan dia didakwa mendapatkan suapan bagi penukaran status tanah di Pulau Pinang, serta pembelian seunit banglo pada harga lebih rendah daripada pasaran.

Pada 3 Sept 2018 pihak pendakwaan memohon agar Lim diberikan DNAA atas dua pertuduhan berkenaan.

Puad menegaskan bahawa pihak pendakwaan tidak dapat memulakan kes ke atas Najib kerana bukti yang diperlukan ketika ini sedang digunakan untuk kes lain.

“Apakah itu membuktikan pertuduhan terhadap Najib bertindih? Asalkan Najib dikenakan banyak pertuduhan hingga ada SRC 1.0 dan SRC 2.0?

“Sedangkan pertuduhan RM27 juta kes SRC 2.0 itu adalah sebahagian daripada RM42 Juta dalam kes SRC 1.0. Kenapa tidak tuduh sekali saja?

“Satu pihak lain pula mempersoalkan, kenapa (berlanjutan sehingga) enam tahun? Kenapa dakwa jika belum bersedia?

“Ini bukan setakat isu tangguh tetapi tatakelola dan profesionalisme pendakwaan oleh AGC,” dakwanya.

Berita berkaitan
Kenyataan tiga sayap hanya pandangan, pendirian parti kekal sokong kerajaan NS: Zahid
6 jam lalu· Politik
UMNO berpendirian sebarang program hiburan perlu ada batas: Zahid
6 jam lalu· Politik
Puad bidas DAP takut bubar DUN Negeri Sembilan
May 1, 2026· Politik
Ebit Lew diperintah bela diri kes gangguan seksual
April 30, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Rafizi dipanggil ke SPRM pada Isnin beri keterangan
6 jam lalu · Politik
Tiada perubahan kepimpinan Negeri Sembilan, Aminuddin kekal MB: PMX
May 1, 2026 · Politik
Konsert Air di Melaka tanpa DJ, Akmal gesa program di Bukit Bintang dihentikan
May 1, 2026 · Politik
Rundingan jadi kunci redakan isu BN-PH di Negeri Sembilan: Zahid
April 30, 2026 · Politik
Zahid tolak langkah ‘tebuk atap’ di Negeri Sembilan: Loke
April 30, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok