Rafizi bayang pengumuman politik besar Ahad ini

May 14, 2026 · Politik

Rafizi Ramli memberi bayangan bahawa beliau dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad, bakal membuat satu pengumuman politik yang disifatkannya sebagai “luar biasa” pada Ahad ini.

Bekas Timbalan Presiden PKR itu berkata, keputusan untuk mengadakan acara terbuka khas menunjukkan pengumuman berkenaan bukan sesuatu yang kecil atau rutin.

“Kalau setakat pengumuman biasa, saya buat di TikTok saja. Tetapi kali ini saya dan Nik Nazmi buat keputusan untuk umum secara terbuka dan jemput orang ramai hadir. Maksudnya, ia bukan pengumuman politik biasa-biasa,” katanya kepada pemberita selepas hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya hari ini.

Bagaimanapun, Rafizi enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai hala tuju politik yang bakal diumumkan itu.

Terdahulu, beliau hadir ke SPRM bagi menyerahkan 28 dokumen berkaitan siasatan pelaburan RM1.1 bilion antara kerajaan dan syarikat semikonduktor berpangkalan di United Kingdom, Arm Holdings plc.

Bekas Menteri Ekonomi itu meluangkan kira-kira dua jam memberi keterangan kepada pegawai penyiasat.

Mengulas spekulasi tidak akan meninggalkan PKR, Rafizi berkata pelbagai andaian ketika ini adalah perkara biasa dalam politik.

“Biarlah orang terus meneka dan membuat spekulasi. Masih ada dua hari lagi untuk berteka-teki,” katanya sambil tersenyum.

Sebelum ini, media melaporkan Rafizi dan Nik Nazmi akan mengumumkan langkah politik baharu mereka dalam satu acara di PJ Performing Arts Centre di Bandar Utama, Petaling Jaya pada Ahad, dari jam 2 petang hingga 5 petang.

Perkembangan itu menarik perhatian ramai susulan kedua-dua pemimpin berkenaan sebelum ini tewas dalam pemilihan PKR tahun lalu. Rafizi gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden, manakala Nik Nazmi kalah bagi jawatan Naib Presiden parti.

Pada Mei 2025, Nik Nazmi mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, beberapa jam selepas Rafizi melepaskan jawatan Menteri Ekonomi.

Berita berkaitan
Hamzah umum parti baharu, tapi tidak letak jawatan seperti Rafizi
13 jam lalu· Politik
AMK kenal pasti calon muda hadapi PRN Johor, Negeri Sembilan: Kamil
13 jam lalu· Politik
PH mahu menang atas kekuatan sendiri, bukan kelemahan lawan: Fahmi
14 jam lalu· Politik
Anwar dakwa sikap tak sabar punca PRN Negeri Sembilan terpaksa diawalkan
June 12, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Kawal mulut timbalan dan ketua pemuda UMNO dulu: DAPSY beritahu Zahid
9 jam lalu · Politik
Politik matang kunci kukuhkan perpaduan negara: Anwar
9 jam lalu · Politik
PAS buat pusingan-U, Hadi umum Hamzah jadi Ketua Pembangkang bukan Samsuri
12 jam lalu · Politik
PRN berasingan bukan faktor kelebihan kepada BN: Khaled
14 jam lalu · Politik
Tei terima pelawaan debat dengan bos J-KOM isu sekatan media sosial
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok