Rafizi beri bayangan bakal ada PRK Pandan, sedia dipecat

April 11, 2026 · Politik

Rafizi Ramli mendakwa terdapat kemungkinan wujud usaha dalam PKR untuk mencetuskan pilihan raya kecil (PRK) di Parlimen Pandan, sekali gus membuka laluan untuk menyingkirkannya sebagai wakil rakyat.

Menurut bekas menteri ekonomi itu, beberapa perkembangan mutakhir menguatkan jangkaan tersebut, termasuk gesaan pemimpin parti supaya beliau meninggalkan PKR serta kehadiran Presiden parti, Anwar Ibrahim di Pandan baru-baru ini.

“Saya lihat semua ini seperti ada susunan. Bila benda disusun begitu, maknanya mereka sudah ada matlamat akhir,” katanya dalam podcast yang disiarkan malam tadi.

Rafizi turut mengaitkan situasi itu dengan budaya politik lama yang didakwa masih mempengaruhi parti.

“Ini budaya UMNO yang dibawa masuk – menyusun langkah untuk hasil tertentu,” ujarnya.

Beliau juga mendakwa kemungkinan calon yang akan diketengahkan jika PRK berlaku ialah Tengku Zafrul Abdul Aziz, yang kini dilihat aktif di kawasan tersebut selepas menyertai PKR tahun lalu.

Dari sudut perundangan, Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan menetapkan PRK tidak perlu diadakan jika kekosongan berlaku dalam tempoh dua tahun sebelum pembubaran Parlimen.

Namun, pengecualian boleh berlaku sekiranya Speaker Dewan Rakyat memutuskan kekosongan itu menjejaskan kekuatan kerajaan.

Walaupun mengakui PRK di Pandan tidak sepatutnya berlaku pada masa terdekat, Rafizi tidak menolak kemungkinan sebaliknya.

“Dalam keadaan politik sekarang, tiada apa yang mustahil. Saya tak akan terkejut jika ia tetap berlaku,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan akan tetap mempertahankan kerusinya sekiranya PRK diadakan.

“Kalau ada pilihan raya kecil, saya akan bertanding. Menang atau kalah itu soal kedua,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh, menggesa Rafizi agar memberi tumpuan kepada isu negara berbanding polemik politik.

“Negara sedang berdepan cabaran global. Fikir dan bertindaklah seperti seorang negarawan,” katanya ringkas.

Kontroversi ini berlaku dalam konteks ketegangan dalaman PKR sejak beberapa bulan kebelakangan ini, termasuk isu disiplin parti dan perbezaan pendirian menjelang pilihan raya akan datang.

Rafizi sebelum ini turut mendakwa wujud tekanan agar beliau keluar parti, yang jika berlaku boleh mencetuskan kekosongan kerusi di bawah undang-undang anti lompat parti.

Berita berkaitan
UMNO sedia pertimbang bekas pemimpin Bersatu yang disingkir: Zahid
6 jam lalu· Politik
Bersatu tegas singkir ‘musuh dalam selimut’, elak sabotaj: MPT Bersatu
6 jam lalu· Politik
Mari sertai ‘Rumah Bangsa’ UMNO, Asyraf Wajdi pelawa pemimpin Bersatu disingkir
11 jam lalu· Politik
Status dua ADUN Kedah digantung Bersatu, Sanusi tunggu perkenan Sultan
12 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Tuan Ibrahim persoal Zahid tuduh PAS sebagai ‘pengkhianat’ besar
12 jam lalu · Politik
Khlir dakwa kedudukan sebagai MP tidak terjejas walaupun digantung Bersatu
12 jam lalu · Politik
Wujud persefahaman baik UMNO-BN dalam Kerajaan Perpaduan: Zahid
12 jam lalu · Politik
PMX paling susah terima soal kenaikan harga barang: Mat Sabu
14 jam lalu · Politik
Bersatu pecat dua ADUN di Kedah, gantung tiga Ahli Parlimen
May 8, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok