Rafizi jangka pada mulanya dipecat, tapi hanya dapat surat tunjuk sebab

February 26, 2026 · Politik

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendakwa berdepan tekanan supaya mengisytiharkan keluar PKR susulan penerimaan surat tunjuk sebab daripada parti itu, sekali gus berisiko kehilangan kerusi Parlimennya.

Menurut Rafizi, surat bertarikh 23 Februari itu menuduh beliau seolah-olah telah mengumumkan keluar parti apabila menyatakan hasrat untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang bukan di bawah tiket PKR.

Beliau bagaimanapun menjelaskan kenyataan tersebut merujuk kepada situasi selepas Dewan Rakyat dibubarkan.

“Dia nak saya isytihar keluar, kemudian Speaker isytihar saya bukan lagi ahli Parlimen. Puas hati mereka,” katanya dalam kenyataan di media sosial hari ini.

Rafizi menjelaskan, selagi beliau tidak menghantar surat peletakan jawatan atau mengisytiharkan menyertai parti lain, kedudukannya sebagai ahli PKR dan Ahli Parlimen tidak boleh digugurkan.

Katanya, di bawah undang-undang anti-lompat parti, wakil rakyat yang keluar parti akan kehilangan kerusi, manakala mereka yang dipecat masih boleh mengekalkan jawatan.

Bekas timbalan presiden PKR itu turut mengkritik Presiden parti, Anwar Ibrahim, kerana didakwa tidak berani memecatnya.

“Mana-mana pemimpin lain, dah lama akan pecat. Tapi dia nak saya selesaikan perkara ini bagi pihak dia,” katanya, sambil membandingkan situasi itu dengan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin.

Untuk rekod, pindaan Perlembagaan sebelum ini diluluskan bagi menghalang amalan lompat parti, susulan ketidakstabilan politik pasca PRU-14.

Undang-undang itu menetapkan kerusi Parlimen dikosongkan jika seseorang wakil rakyat meletakkan jawatan atau keluar parti.

Rafizi berkata beliau akan menjawab surat tunjuk sebab itu dalam tempoh ditetapkan.

Berita berkaitan
Tak dicalonkan dalam PRN bukan alasan sabotaj parti: Aminuddin
2 jam lalu· Politik
Anwar dakwa sikap tak sabar punca PRN Negeri Sembilan terpaksa diawalkan
2 jam lalu· Politik
PKR bidas tindakan MP Petaling Jaya letak jawatan dalam parti
5 jam lalu· Politik
Fahmi kesal MP Petaling Jaya letak jawatan MPP PKR secara terburu-buru
12 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Rumah Jamal disita: 14 barang akan dilelong 22 Jun
6 jam lalu · Politik
Bila Samsuri nak lantik Pengerusi PN Negeri Sembilan, PRN dah dekat: Sanjeevan
11 jam lalu · Politik
DAPSY bidas UMNO Johor, dakwa bersikap hipokrit
12 jam lalu · Politik
Anwar gesa semua parti patuhi etika kempen PRN Johor, Negeri Sembilan
12 jam lalu · Politik
PAS bakal umum kerjasama dengan Hamzah selepas ‘ceraikan’ Bersatu
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok