Perkongsian gambar Rafizi dalam akaun media sosialnya selepas mengemas pejabat di Kementerian Ekonomi.
Rafizi Ramli masuk ke pejabatnya di Kementerian Ekonomi pagi tadi untuk mengemas barang-barangnya selepas membuat keputusan meletak jawatan sebelum ini.
Dalam catatan di platform X, Ahli Parlimen Pandan itu berkata beliau masuk ke pejabatnya bagi menyelesaikan urusan terakhir termasuk mengemas ruang tempat kerjanya.
“Saya masuk ke pejabat buat kali terakhir semalam dan hari ini untuk urusan terakhir termasuk mengemas pejabat,” katanya.
Sebelum ini, Rafizi dan Nik Nazmi Nik Ahmad selaku Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menghantar surat peletakan jawatan susulan kekalahan mereka pada pemilihan PKR yang berlangsung bulan lalu.
Bagaimanapun, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim masih memberi masa kepada dua menteri yang meletakkan jawatan itu untuk memikirkan secara teliti sebelum melepaskan kedudukan mereka dalam Jemaah Menteri.
Perdana Menteri berkata, jika boleh beliau mahu Rafizi dan Nik Nazmi menyertai semula Kabinetnya.
Sementara itu, dalam perkongsian sama, Rafizi turut mengambil kesempatan memperkenalkan dan menghargai barisan pegawai dasarnya yang disifatkan sebagai tulang belakang kepada pelbagai dasar ekonomi besar di bawah kendaliannya.
“Mereka adalah pegawai dasar dalam pasukan saya yang saya pujuk untuk meninggalkan kerjaya masing-masing sebelum ini dan berkhidmat di pejabat saya.
“Dari cili kepada semikonduktor, kepada ekosistem syarikat pemula, Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JSSEZ), Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), gaji progresif sehinggalah RMK13 (Rancangan Malaysia Ke-13), mereka banyak menterjemah idea saya sehingga dilaksanakan,” katanya.
PRN Melaka: Amirudin diberi amanah teliti kerjasama PH-BN
Mahu jawatan PM, UMNO perlu bersama dengan PN: PAS Selangor
Akmal sahkan Pemuda UMNO akan hadir Muktamar Pemuda PAS
Marzuki: Keahlian Bersatu masih sah dalam PN
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri