Rakyat tak sokong himpunan jalanan dianjur pembangkang: Mahfuz

July 2, 2025 · Politik

Himpunan jalanan tidak akan mendapat sokongan rakyat kerana mempunyai motif politik semata-mata kumpulan tertentu, kata Mahfuz Omar.

Naib Presiden Parti Amanah itu berkata pembangkang terutamanya PAS hanya menggunakan isu Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), penyasaran subsidi dan tarif elektrik sebagai modal politik jalanan hanya bertujuan menggugat kestabilan negara ketika ekonomi sedang dipulihkan.

“Ini bukan suara rakyat sebenar, tetapi penggemblengan ahli parti yang taasub kepada pemimpin. Mereka cuba membakar emosi dan sentimen penyokong tegar untuk menghancurkan usaha pemulihan ekonomi yang sedang berjalan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mahfuz berkata, langkah-langkah yang diambil kerajaan seperti penyasaran subsidi dan semakan struktur cukai bukan bertujuan menyusahkan rakyat, sebaliknya untuk menyelamatkan negara daripada terus dibebani ketirisan dan pemborosan.

Menurutnya, politik bukan sekadar jeritan di jalan raya, sebaliknya memerlukan keberanian untuk membuat keputusan sukar demi masa depan rakyat dan negara.

“Saya yakin rakyat menolak politik jalanan ini. Rakyat tidak mahu negara dijadikan bahan eksperimen politik sempit dan emosi tanpa fakta,” ujarnya.

Beliau turut menyelar pembangkang yang didakwa tidak mempunyai pelan ekonomi realistik untuk rakyat, malah negeri-negeri di bawah pentadbiran mereka seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis masih berdepan krisis bekalan air serta peluang pekerjaan yang terhad.

Berita berkaitan
RCI Tabung Haji ditubuh ketika UMNO berkuasa, kenapa dipersoal sekarang? – Mahfuz
10 jam lalu· Politik
Syed Azman Tokoh Perdana Maulidur Rasul, Anwar ucap tahniah kepada semua penerima
12 jam lalu· Isu semasa
Cadangan Audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet: Anwar
12 jam lalu· Isu semasa
Anwar: Jadikan ajaran Rasulullah panduan hidup
12 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Bersatu Melaka terbuka kerjasama dengan PH hadapi PRN
10 jam lalu · Politik
PRN Melaka: Amirudin diberi amanah teliti kerjasama PH-BN
12 jam lalu · Politik
Mahu jawatan PM, UMNO perlu bersama dengan PN: PAS Selangor
August 24, 2026 · Politik
Akmal sahkan Pemuda UMNO akan hadir Muktamar Pemuda PAS
August 24, 2026 · Politik
Adam Adli: Rundingan BN-PH belum bermula, tapi masih terbuka
August 24, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok