Rasuah solar: Keputusan rayuan Rosmah untuk ketepikan hakim pada 10 Sept

July 4, 2025 · Politik

Mahkamah Rayuan menetapkan 10 Sept sebagai tarikh keputusan berhubung rayuan Rosmah Mansor untuk mengetepikan hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar perbicaraan kes rasuah projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion di Sarawak.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh tersebut semasa pengurusan kes hari ini.

Pada 25 Jun lepas, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada Ahmad Zaidi Ibrahim, Azman Abdullah dan Noorin Badaruddin telah menangguhkan keputusan selepas mendengar hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan.

Peguam Rosmah, Akberdin Abdul Kader ketika dihubungi Bernama, mengesahkan tarikh berkenaan.

Isteri kepada bekas Perdana Menteri Najib Razak itu merayu terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Mohamed Zaini Mazlan, yang kini dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan, menolak permohonannya agar hakim tersebut menarik diri daripada mendengar kes berkenaan.

Rosmah memfailkan permohonan supaya Hakim Mohamed Zaini menarik diri pada saat akhir, iaitu sebelum beliau dijadual menyampaikan keputusan pada 1 Sept 2022. Permohonan itu dibuat berasaskan dakwaan bahawa draf penghakiman dalam kes berkenaan telah bocor dan disediakan oleh pihak ketiga sebelum dibacakan secara rasmi.

Pada hari yang sama, Hakim Mohamed Zaini mensabitkan Rosmah, 73, atas tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar tersebut dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun serta denda RM970 juta, atau 30 tahun penjara sekiranya gagal membayar denda.

Bagaimanapun, Rosmah diberikan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda, sementara menunggu keputusan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Rosmah didakwa atas satu pertuduhan meminta rasuah berjumlah RM187.5 juta, serta dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Saidi Abang Samsudin, bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd. – Bernama

Berita berkaitan
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
September 4, 2026· Isu semasa
Mahkamah tangguh prosiding bankrap Najib dan anak
September 4, 2026· Politik
Hadi: Jangan guna isu rasuah jatuhkan lawan
September 4, 2026· Politik
AG digesa semak semula 47 kes pertuduhan Zahid: Rayer
September 3, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Amanah gesa dakwaan campur tangan asing disiasat, bukan jadi modal politik PAS
1 jam lalu · Politik
Undi PAS bukan tiket ke syurga: Mujahid
2 jam lalu · Politik
MB Negeri Sembilan tegaskan sokongan kepada Tuanku Muhriz
2 jam lalu · Politik
Kedutaan AS nafi dakwaan dibuat Hadi berhubung tawaran jatuhkan BN: Laporan
2 jam lalu · Politik
PAS: Ketidakhadiran Zahid bukan tanda UMNO solo, kerjasama diteruskan
21 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok