Rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Isa Samad didengar 4 Dis: Laporan

October 1, 2025 · Politik

Pendengaran rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan melepas dan membebaskan bekas Pengerusi Felda, Mohd Isa Abdul Samad daripada sembilan pertuduhan rasuah dijadualkan semula kepada 4 Dis ini di Mahkamah Persekutuan.

Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz berkata tarikh baharu itu ditetapkan ketika pengurusan kes yang dijalankan secara dalam talian di hadapan Timbalan Pendaftar Mahyun Yusof semalam.

“Prosiding pendengaran itu sepatutnya bermula 29 Okt ini namun dijadualkan semula kerana responden telah melantik peguam baharu,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sebelum ini, peguam Salehuddin Saidin mewakili Mohd Isa di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan sebelum beliau dilantik sebagai Senator Dewan Negara.

Pihak pendakwaan memfailkan notis rayuan pada 7 Mac lepas manakala petisyen rayuan dikemukakan pada 26 Jun dengan 24 alasan bahawa Mahkamah Rayuan telah terkhilaf daripada segi undang-undang dan fakta ketika melepas serta membebaskan Mohd Isa daripada semua pertuduhan.

Pada 6 Mac 2024, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Vazeer Alam Mydin Meera (kini Hakim Mahkamah Persekutuan) bersama Ahmad Zaidi Ibrahim dan S M Komathy Suppiah, sebulat suara mengetepikan sabitan serta hukuman penjara enam tahun dan denda RM15.45 juta yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi pada 3 Feb 2021 selepas membenarkan rayuan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Tingkat 49, Menara FELDA, Persiaran KLCC, di sini, antara 21 Julai 2014 dan 11 Dis 2015.

Pertuduhan dikemuka mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. – Bernama

Berita berkaitan
PN cabar RoS di mahkamah, mahu kepastian sebelum PRN Melaka
9 jam lalu· Politik
MCMC-SPRM satukan teknologi, penguatkuasaan lawan rasuah
October 2, 2026· Isu semasa
Dua beradik tokoh korporat direman SPRM, kereta dan motosikal mewah disita
October 1, 2026· Isu semasa
UiTM Holdings ada kelompongan tatakelola: SPRM
October 1, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Chean Chung sertai parti Rafizi selepas letak jawatan MP Petaling Jaya
8 jam lalu · Politik
MYEG digantung bukan isu politik: Loke
9 jam lalu · Politik
Lee Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya disahkan kosong
9 jam lalu · Politik
Loke kekal pendirian berundur selepas Najib pulang ke rumah
October 4, 2026 · Politik
BN masih runding, keputusan kerjasama tunggu selepas mesyuarat SPR: Zahid
October 4, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok