Rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Syed Saddiq pada Khamis ini

December 7, 2025 · Politik

Mahkamah Persekutuan akan mendengar rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, pada Khamis dan Jumaat ini.

Rayuan itu bertujuan untuk mengenepikan keputusan pembebasan Ahli Parlimen Muar daripada semua pertuduhan berkaitan penyelewengan dana Armada sebelum ini di Mahkamah Rayuan.

Pada November tahun lalu, Mahkamah Rayuan membebaskan Syed Saddiq daripada sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta.

Beliau sebelum itu didapati bersalah atas kesalahan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram melibatkan dana sayap belia tersebut.

Pihak pendakwaan, yang memfailkan petisyen rayuan pada 22 September lepas, mengemukakan 28 alasan membantah pembebasan itu.

Antara hujah utama ialah panel Mahkamah Rayuan didakwa tersilap dalam penilaian fakta dan undang-undang.

“Pihak pendakwaan berpendirian, Mahkamah Rayuan terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila membuat tuduhan ‘liar’ bahawa pihaknya memberikan tekanan kepada seorang saksi,” menurut petisyen berkenaan.

Petisyen itu menyatakan panel tiga hakim tersebut tersilap dengan mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menekan saksi, Rafiq Hakim Razali, untuk memberi keterangan yang ‘menyenangkan hati’.

Selain itu, pendakwaan berhujah Mahkamah Rayuan juga tersilap apabila menilai bahawa wang RM120,000 itu milik peribadi Syed Saddiq, justeru beliau tidak perlu memberi justifikasi pemindahan wang dana Armada ke akaun peribadinya.

Syed Saddiq sebelum ini didakwa bersubahat dalam pecah amanah dana Armada berjumlah RM1 juta, menyalahgunakan wang RM120,000 daripada akaun Armada, serta melakukan dua pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan pemindahan RM50,000 setiap satu ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya.

Keputusan Mahkamah Persekutuan nanti bakal menentukan sama ada pembebasan beliau akan dikekalkan atau kes ini perlu dibicarakan semula.

Pendengaran rayuan tersebut dijadualkan berlangsung selama dua hari.

Berita berkaitan
1MDB mohon izin rayu keputusan libat firma guaman UK
3 jam lalu· Isu semasa
Tabung RM50 juta Najib: Wanita PKR persoal UMNO bawa budaya memaafkan perasuah?
9 jam lalu· Politik
Skandal FELDA: Laporan awal mula didedah minggu depan
September 20, 2026· Isu semasa
Bila UMNO nak lancar tabung ganti kerugian 1MDB disakau Najib? soal Pemuda Amanah
September 19, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Amanah mahu MB Negeri Sembilan bubar DUN
6 jam lalu · Politik
Ahli PAS digesa utamakan dana kompleks parti, bukan tabung Najib: Iskandar
6 jam lalu · Politik
Tahanan rumah Najib: Mahfuz persoal asas undang-undang pengampunan
6 jam lalu · Politik
RM50 juta belum dibayar, Najib masih tunggu proses tahanan rumah: Laporan
7 jam lalu · Politik
MB: Exco Negeri Sembilan masih sah, tidak perlu senarai baharu
9 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok