Ringgit catat prestasi terbaik hampir setahun berbanding dolar AS

September 17, 2025 · Isu semasa

Ringgit menunjukkan prestasi memberangsangkan apabila mencecah pada paras tertinggi dalam hampir setahun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, didorong oleh jangkaan pengurangan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS.

Mata wang tempatan ditutup pada 4.1860/1900 berbanding dolar AS berbanding 4.1975/2080 pada penutupan Jumaat lepas.

Ini merupakan paras penutupan tertinggi sejak 2 Oktober 2024, memandangkan pasaran ditutup pada Isnin dan Selasa sempena sambutan Hari Malaysia.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid, menyatakan bahawa sentimen pasaran yang menjangkakan pengurangan kadar faedah oleh Fed telah menyokong permintaan untuk mata wang pasaran membangun seperti ringgit.

“Peniaga dan pelabur sedang menantikan tindakan terkini Fed, khususnya carta titik unjuran yang akan menjadi panduan kepada pasaran mengenai hala tuju kadar faedah AS,” katanya dipetik laporan Bernama.

“Dari segi jangka masa terdekat, dolar kelihatan lemah memandangkan Fed mungkin perlu menunjukkan kepada pasaran bahawa ia masih mengawal keadaan,” tambahnya lagi.

Walaupun kukuh terhadap dolar AS, ringgit didagangkan lebih rendah berbanding beberapa mata wang utama.

Ia menyusut berbanding yen Jepun, pound British, dan euro.

Bagaimanapun, dikalangan rakan-rakan negara ASEAN, ringgit menunjukkan prestasi positif dengan mengukuh berbanding rupiah Indonesia dan baht Thailand.

Ia hanya menyusut sedikit berbanding peso Filipina dan dolar Singapura.

Pergerakan ini mencerminkan penantian pasaran terhadap keputusan dasar kewangan AS yang dijangka memberi kesan besar kepada aliran modal global.

Berita berkaitan
IMF naikkan unjuran ekonomi Malaysia: Laporan
9 jam lalu· Isu semasa
Tindakan AS di Selat Hormuz boleh cetus perang dunia: Dr Mahathir
12 jam lalu· Isu semasa
Ringgit mengukuh kepada 3.94 berbanding dolar AS: Bernama
12 jam lalu· Isu semasa
MCMC siasat individu buat dakwaan palsu diesel dihantar ke Filipina
12 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Bekas pengarah penyelidikan IPTA ditahan kes rasuah RM1 juta: Laporan
6 jam lalu · Isu semasa
Diesel diterima Filipina bukan dari perut bumi Malaysia
6 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan teliti subsidi bersasar bagi diesel ikut kaedah BUDI95: Fahmi
6 jam lalu · Isu semasa
Harga diesel Sabah, Sarawak, Labuan kekal RM2.15: MOF
8 jam lalu · Isu semasa
Keputusan kes saman barang kemas Rosmah ditetapkan 10 Jun
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok