RM15.5 bilion wang diseleweng ‘geng sakau’ berjaya dipulihkan: Kor Ming

October 18, 2026 · Politik

Pakatan Harapan (PH) perlu terus diberi mandat mentadbir negara bagi memastikan usaha membanteras rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan wang rakyat dapat diteruskan, kata Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming.

Beliau mendakwa kerajaan Madani berjaya menyita dan mendapatkan semula aset serta wang berjumlah RM15.5 bilion hasil tindakan penguatkuasaan terhadap pelbagai kes rasuah, ketirisan, penyelewengan dan kegiatan sindiket haram.

Menurutnya, wang yang berjaya dipulihkan itu dikembalikan untuk manfaat rakyat, sekali gus mencerminkan komitmen kerajaan dalam menangani penyalahgunaan dana awam.

“Dalam tempoh kita menjadi kerajaan, sebanyak RM15.5 bilion duit yang disakau, dicuri dan dirompak oleh geng-geng penyakau berjaya kita sita dan kembalikan kepada rakyat Malaysia.

“Kerajaan Madani apabila mendapat balik duit ini kita kembalikan kepada rakyat. Tidak pernah ada kerajaan di Malaysia atau rantau ini melakukan perkara sebegitu,” katanya ketika berucap pada Konvensyen DAP Perak ke-24 di Pusat Konvensyen Ipoh, hari ini.

Kor Ming yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, usaha memburu pihak yang didakwa terbabit dalam penyelewengan dana awam akan diteruskan, termasuk kes berkaitan Tabung Haji, Felda dan UiTM Holdings.

Katanya, tindakan itu selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong supaya pihak yang bertanggungjawab dalam kes penyelewengan dibawa ke muka pengadilan.

Beliau turut menyuarakan keyakinan PH mampu memperoleh mandat baharu pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) menerusi pelaksanaan reformasi dan usaha membanteras rasuah.

“Yang sakau Tabung Haji itu bukan DAP, yang sakau Felda itu bukan DAP, yang sakau UiTM Holdings itu bukan DAP,” katanya sambil menggesa rakyat menolak pihak yang didakwanya menyalahgunakan wang awam.

Sehubungan itu, beliau menyeru anggota DAP menggerakkan gelombang sokongan kepada PH bermula pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sebelum diperluas ke peringkat Persekutuan.

Dalam perkembangan lain, Kor Ming menyokong tindakan mahasiswa Universiti Malaya (UM) yang membantah usaha mengutip derma untuk bekas Perdana Menteri, Najib Razak.

Beliau menyifatkan tindakan mahasiswa itu sebagai gambaran pendirian generasi muda yang menolak rasuah dan tidak mahu amalan berkenaan dinormalisasikan dalam masyarakat.

Beliau turut menyambut baik keputusan pihak universiti untuk tidak mengenakan tindakan terhadap mahasiswa terbabit.

Menurutnya, masyarakat perlu mengelakkan tindakan mengagungkan individu yang dikaitkan dengan rasuah kerana ia boleh menghantar mesej yang salah kepada generasi akan datang.

“Jangan biarkan mereka ini berkuasa di negara kita. Sebab itu Pakatan Harapan kena menang. Pakatan Harapan bersama Anwar wajib menang untuk kita selamatkan negara ini daripada geng-geng penyakau,” katanya.

Berita berkaitan
PRN Melaka: PAS nafi akan umum calon sepentas dengan BN
7 jam lalu· Politik
Kerajaan terus buru aset 1MDB walaupun Najib diampunkan
12 jam lalu· Politik
Ismail Lasim nafi letak jawatan MB Negeri Sembilan
October 22, 2026· Politik
Isu DAP: Amanah minta PAS hentikan politik sentimen
October 22, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Rafizi mahu saman Ramanan susulan kenyataan media
8 jam lalu · Politik
AGC bawa kes pembatalan pendaftaran PN ke Mahkamah Rayuan
8 jam lalu · Politik
DUN Sarawak bubar 26 Oktober ini, beri laluan PRN diadakan
8 jam lalu · Politik
Abang Johari panggil sidang media khas, DUN Sarawak bakal bubar?
12 jam lalu · Politik
Mahkamah gantung notis batal pendaftaran PN
October 22, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok