RM6 bilion untuk Sarawak bukti kerajaan prihatin: Abang Johari

October 11, 2025 · Isu semasa

Peruntukan besar sebanyak RM6 bilion untuk Sarawak yang diumumkan dalam Belanjawan 2026 digambarkan sebagai bukti nyata komitmen Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Premier Sarawak, Abang Johari Abang Openg, menyifatkan ia sebagai petanda positif yang memperkukuh hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, disamping menunjukkan keprihatinan dan pengiktirafan Kerajaan Persekutuan terhadap keperluan pembangunan di Sarawak.

Abang Johari mengucapkan penghargaan atas peruntukan tersebut yang dilihat mampu memastikan negeri itu terus menikmati kemajuan yang seimbang dengan wilayah lain di Malaysia.

“Saya ingin mengucapkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan kerana memberi peruntukan sebanyak RM6 bilion dalam belanjawan yang akan datang.

“Sudah tentu, ini dapat merapatkan lagi hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak,” katanya ketika berucap pada Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa Sambutan Hari Lahir Ke-79 Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Padang Merdeka, hari ini.

Abang Johari turut menekankan kepentingan agar hala tuju pembangunan ekonomi negara memberi tumpuan yang lebih kepada Sarawak.

Beliau menegaskanpelaksanaan pembangunan secara seimbang adalah kunci untuk memastikan Sarawak turut menikmati limpahan ekonomi dan kemajuan yang pesat.

“Apa yang lebih penting ialah memastikan hala tuju pembangunan ekonomi negara turut memberi tumpuan yang lebih kepada Sarawak,” ujarnya.

Sebagai sebahagian daripada Belanjawan 2026, Perdana Menteri turut mengumumkan peningkatan kadar Pemberian Khas kepada Sabah dan Sarawak kepada RM600 juta, berbanding hanya RM300 juta pada tahun 2023.

Langkah ini dilihat sebagai pengiktirafan penting terhadap status dan keperluan khusus kedua-dua wilayah tersebut dalam agenda pembangunan negara.

Berita berkaitan
PRN Melaka: Anwar sahkan PH sedia buka ruang kerjasama, bincang cari titik persamaan
20 jam lalu· Politik
Johari: Tiada usul undi tidak percaya diterima di Dewan Rakyat
September 23, 2026· Politik
Anwar sampaikan keresahan keluarga mangsa masih hilang kepada PM Nepal: Bernama
September 22, 2026· Isu semasa
Hassan saran Anwar kekalkan Loke dalam Kabinet, tolak peletakan jawatan
September 22, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
JPJ nafi hantaran tular berkait lesen kepada Rohingya, buat laporan MCMC: Bernama
4 jam lalu · Isu semasa
RM33.4 juta bunga ganja dirampas, 12 ditahan: Polis Selangor
21 jam lalu · Isu semasa
Remaja kes tikam sekolah Bandar Utama mahu kematian beramai-ramai, mahkamah diberitahu
22 jam lalu · Isu semasa
Kes 43 barang kemas: Global Royalty boleh tuntut RM67.5 juta daripada Rosmah
22 jam lalu · Isu semasa
Anwar luah terkilan, krisis adat Negeri Sembilan masih berlarutan: Laporan
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok