RM75 juta insentif untuk penjawat awam sambung belajar atas biaya sendiri: PMX

August 15, 2025 · Isu semasa

Kerajaan akan memperuntukkan insentif kewangan berjumlah RM75 juta kepada penjawat awam yang mengambil inisiatif melanjutkan pengajian tinggi menggunakan perbelanjaan sendiri.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan lebih 91,000 penjawat awam akan menerima manfaat daripada insentif ini.

Menurut Anwar, penjawat awam dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana yang berjaya menamatkan pengajian tinggi semasa dalam perkhidmatan layak menerima Hadiah Pengiktirafan Akademik (HPA).

Pemberian insentif ini bertujuan menghargai usaha mereka yang berusaha meningkatkan kelayakan akademik secara berdikari.

“Kita ingin menghargai penjawat awam yang mengambil inisiatif belajar sendiri.

“Ada yang terpaksa mengurangkan perbelanjaan keluarga untuk membayar yuran pengajian. Jadi, kerajaan memberikan insentif ini sebagai tanda penghargaan,” jelas Anwar semasa berucap pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-20 (MAPPA XX) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Insentif ini diberikan sekali sepanjang tempoh perkhidmatan berdasarkan tahap kelayakan akademik yang dicapai:

1) PhD/Doktor Falsafah: RM1,250
2) Sarjana: RM1,000
3) Ijazah Sarjana Muda: RM750
4) Diploma atau setaraf: RM500

Anwar menekankan bahawa pemberian insentif ini bukan sahaja sebagai ganjaran, tetapi juga galakan kepada penjawat awam untuk terus meningkatkan kompetensi diri.

“Peruntukan RM75.7 juta ini akan memberi manfaat kepada 91,672 pegawai awam. Ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam membangunkan modal insan yang lebih berkemahiran,” tambahnya.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi dan Fadillah Yusof; Ketua Setiausaha Negara, Mohd Shamsul Azri Abu Bakar; serta Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Anwar berharap langkah ini dapat meningkatkan semangat penjawat awam untuk terus menimba ilmu dan seterusnya memberikan perkhidmatan yang lebih berkualiti kepada rakyat.

Berita berkaitan
Majoriti perwakilan DAP sokong kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga habis penggal
8 jam lalu· Politik
Akta Tabung Haji akan dipinda, amanah umat Islam jadi keutamaan
8 jam lalu· Politik
DAP pilih kestabilan, hormati keputusan Anwar kekalkan BN
8 jam lalu· Politik
AUKU mansuh, Anwar mahu mahasiswa bebas bersuara
14 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Ulama tampil bincang RCI Tabung Haji, gesa amanah pendeposit dibela
8 jam lalu · Isu semasa
1,098 Pusat NADI sasar pecah rekod MBOR dalam program Senam Sihat MADANI
14 jam lalu · Isu semasa
Doktor terpedaya pelaburan online, rugi RM558,000
16 jam lalu · Isu semasa
Anak nafi dakwaan tular Abdul Azeez ditahan SPRM
17 jam lalu · Isu semasa
Karnival Internet Selamat himpunkan lebih 500 penduduk Kalabakan
August 15, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
7 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok