RUU had 10 tahun jawatan PM dibentang di Parlimen

February 23, 2026 · Isu semasa

Kerajaan hari ini membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No.1) 2026 di Dewan Rakyat bagi mengehadkan tempoh perjawatan Perdana Menteri kepada maksimum 10 tahun.

RUU itu dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said.

Beliau memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat dalam sesi persidangan kali ini.

“Pindaan ini bertujuan memperkukuh prinsip akauntabiliti dan memastikan amalan demokrasi yang lebih sihat,” katanya ketika membentangkan usul berkenaan.

Langkah tersebut dilihat sebagai antara reformasi institusi paling signifikan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Sebelum ini, Perlembagaan Persekutuan tidak menetapkan had masa bagi jawatan Perdana Menteri, sebaliknya bergantung kepada sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Berdasarkan naskhah RUU yang diedarkan, pindaan itu melibatkan perubahan kepada Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan fasal baharu yang menetapkan seseorang Perdana Menteri tidak boleh memegang jawatan melebihi tempoh agregat 10 tahun, sama ada secara berterusan atau sebaliknya.

Fasal baharu itu turut memperuntukkan bahawa Perdana Menteri akan terhenti memegang jawatan sebaik sahaja cukup tempoh 10 tahun.

Susulan itu, anggota Jemaah Menteri juga akan terhenti daripada jawatan masing-masing.

Bagaimanapun, bagi memastikan kelangsungan pentadbiran negara, Perdana Menteri dan Jemaah Menteri yang tamat tempoh masih boleh menjalankan fungsi terhad sehingga pelantikan Perdana Menteri baharu dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut peruntukan Perlembagaan.

Fungsi tersebut terhad kepada urusan pentadbiran harian sahaja.

RUU itu turut menjelaskan tempoh perkhidmatan sebelum pindaan berkuat kuasa akan diambil kira dalam pengiraan 10 tahun berkenaan.

Namun, tempoh seseorang melaksanakan tugas sebagai Perdana Menteri selepas pembubaran Parlimen tidak akan dikira.

Selain itu, pindaan berbangkit turut dibuat terhadap Fasal (5) Perkara 43 susulan pengenalan fasal baharu berkaitan pemberhentian jawatan Perdana Menteri dan Jemaah Menteri.

Sekiranya diluluskan, tarikh kuat kuasa pindaan akan ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Langkah ini dijangka mencetuskan perbahasan hangat dalam kalangan ahli Parlimen, memandangkan ia memberi kesan langsung kepada landskap politik dan struktur kepimpinan negara.

Berita berkaitan
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
7 jam lalu· Isu semasa
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
9 jam lalu· Isu semasa
Isu premis tutup solat Jumaat, Anwar tidak setuju kenyataan Ahli Parlimen
20 jam lalu· Isu semasa
Bukan kerajaan sebar dokumen pengampunan Najib, jangan buat tohmahan
20 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
8 jam lalu · Isu semasa
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
9 jam lalu · Isu semasa
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
9 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan pejalan kaki di KL: 93 nyawa melayang sejak 2022
17 jam lalu · Isu semasa
Wang peti besi RM325,000 lesap, pegawai bank didakwa seleweng
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
8 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok