RUU Pembaharuan Bandar perlu ditangguh, desak teliti semula: Johari

October 3, 2025 · Isu semasa

Gesaan untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) antara resolusi utama yang diluluskan semasa Konvensyen PSB yang diadakan di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

Ketua Pasukan Khas UMNO untuk RUU PSB, Johari Abdul Ghani, mengumumkan tiga resolusi utama yang dicadangkan untuk memastikan pembangunan semula bandar dilaksanakan secara adil tanpa menjejaskan hak pemilik hartanah dan kepentingan rakyat.

Beliau menegaskan, resolusi pertama konvensyen menuntut kerajaan menangguhkan pembentangan RUU tersebut sehingga ia digubal semula dengan teliti dengan mengambil kira pandangan semua pihak berkepentingan.

“Kerajaan disyor mempertimbangkan 14 cadangan khusus bagi menutup kelemahan akta sedia ada,” jelas Johari yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi.

“Antara cadangan penting termasuk mekanisme pampasan yang adil, penetapan nilai ambang persetujuan, dan langkah menyelamatkan projek terbengkalai. Unsur paksaan oleh pemaju terhadap pemilik juga perlu dijadikan kesalahan jenayah,” tambahnya lagi.

Resolusi kedua konvensyen itu menggesa kerajaan melaksanakan kajian yang menyeluruh sementara menunggu RUU itu digubal semula.

“Kerajaan diminta tidak terburu-buru, sebaliknya meminda beberapa akta utama secara bersepadu,” ujarnya lagi.

Beliau menyenaraikan 10 akta yang perlu dipinda, termasuk Akta Pengambilan Tanah 1960 dan Kanun Tanah Negara 1965.

Resolusi ketiga pula mengusulkan penubuhan sebuah agensi kerajaan khas untuk mengawal selia usaha pembangunan semula bandar. Agensi ini bertujuan memastikan proses lebih teratur dan mampu menyelesaikan pertikaian antara pemilik, penduduk, dan pemaju.

Johari menyerahkan resolusi konvensyen itu kepada Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi dan berharap kerajaan dapat merungkai segala kegusaran rakyat terhadap kelompongan dalam RUU PSB.

“Konvensyen ini menegaskan agar kerajaan dapat merungkai segala kegusaran, ketakutan dan ketidakyakinan rakyat,” katanya.

Justeru, beliau berharap RUU itu ditangguhkan sehingga semua cadangan dari konvensyen ini diambil kira sepenuhnya.

Berita berkaitan
PN kena segera lantik Ketua Pembangkang, sokong sesiapa saja calon PAS: Muhyiddin
8 jam lalu· Politik
Akmal bidas DAP Kota Melaka cadangkan isytihar darurat tangguh PRN
8 jam lalu· Politik
Speaker belum terima surat letak jawatan Ketua Pembangkang: Laporan
12 jam lalu· Politik
Tangguh PRN: Mat Maslan jelaskan itu pandangan peribadi
April 14, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Bekas pengarah penyelidikan IPTA ditahan kes rasuah RM1 juta: Laporan
6 jam lalu · Isu semasa
Diesel diterima Filipina bukan dari perut bumi Malaysia
6 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan teliti subsidi bersasar bagi diesel ikut kaedah BUDI95: Fahmi
6 jam lalu · Isu semasa
Harga diesel Sabah, Sarawak, Labuan kekal RM2.15: MOF
7 jam lalu · Isu semasa
Keputusan kes saman barang kemas Rosmah ditetapkan 10 Jun
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok