RUU PSB: Akmal bidas DAPSY ‘bengap’ dakwa UMNO tunduk dengan naratif PAS

September 24, 2025 · Politik

Dr. Muhamad Akmal Saleh, menempelak kenyataan Pemuda DAP (DAPSY) yang menyifatkan bantahannya terhadap Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (RUU PSB) sebagai ‘tunduk kepada naratif PAS’.

Ketua Pemuda UMNO itu menegaskan pendiriannya itu berasaskan kepentingan rakyat dan ruang untuk penambahbaikan rang undang-undang berkenaan, bukannya atas desakan politik.

“Eh, bila kita tidak setuju dengan cadangan yang dibawa oleh Menteri DAP, dikatakan tunduk kepada naratif PAS pula?

“Kita tidak setuju sebab ada perkara yang perlu ditolak, dan ada perkara yang perlu ditambah baik untuk rakyat,” tegas Akmal dalam satu kenyataan menjawab kritikan DAPSY.

Akmal berkata, pendirian UMNO itu adalah wajar dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi dan menyifatkan tindakan DAPSY yang cepat ‘panas’ sebagai tidak matang.

“Ini negara demokrasi, aku tidak setuju, (tapi) yang geng kamu panas dah kenapa?” soal beliau lagi.

Akmal berkata UMNO memandang serius isu tersebut, malah sudah menubuhkan jawatankuasa khas dan akan menganjurkan Konvensyen Melayu Bandar pada 3 Oktober 2025 bagi membincangkan RUU tersebut secara terperinci.

“Sebab itu UMNO tubuhkan jawatankuasa dan akan buat konvensyen Melayu bandar pada 3 Oktober 2025 untuk bincangkan pasal RUU ni untuk cari cadangan dan idea yang terbaik untuk rakyat,” jelasnya.

Beliau menekankan perjuangan mereka adalah untuk kesejahteraan rakyat, bukan untuk kepentingan pihak tertentu.

“Kita bercakap untuk kepentingan rakyat, bukan kepentingan poket pemaju!”

Akmal turut menasihati pemimpin DAPSY agar berfikir secara rasional dan prihatin terhadap rakyat.

“Pesanan aku pada kamu adalah: Jadi pemimpin ini perlu ada akal fikiran yang baik untuk berfikir bagi kebaikan rakyat, bukan mengikut sahaja macam lembu kena tindik hidung. Dasar bengap!” tegasnya lagi.

RUU Perkhidmatan Perumahan (Pembiayaan) yang dibentangkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, menarik perhatian pelbagai pihak, dengan UMNO tampil sebagai antara suara yang lantang menggesa perbincangan yang lebih teliti sebelum ianya diluluskan.

Terdahulu DAPSY dalam kenyataannya mendakwa Akmal tunduk terhadap naratif PAS kerana menentang RUU PSB.

Malah Setiausaha Publisiti DAPSY Kebangsaan Ho Chi Yang menyifatkan Akmal sebagai talam dua muka kerana tindakan dan kenyataan beliau berhubung RUU tersebut bertentangan.

Berita berkaitan
MCA tak puas hati: BN wajar pertimbang pilihan solo, elak terikat rundingan kerusi
5 jam lalu· Isu semasa
KPKT batalkan 28,401 lesen, warga asing berniaga haram diburu
5 jam lalu· Isu semasa
Zahid nafi belanja KKDW terlebih RM2.1 bilion
5 jam lalu· Politik
Tanah LTAT RM420 juta dijual kepada AS melalui tender: Khaled Nordin
5 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
PRN Melaka: PKR mahu pembaharuan, beri ruang kepada generasi muda
5 jam lalu · Politik
Parlimen: Rayer diminta hantar surat rasmi rujuk Takiyuddin ke jawatankuasa
5 jam lalu · Politik
BN letak calon di DUN Sg Udang bukti tolak Wawasan: Puad
11 jam lalu · Politik
AMK: Rafizi perlu jawab dakwaan, bukan sekadar saman Ramanan
13 jam lalu · Politik
MCA tidak puas hati, dakwa UMNO ketepikan rundingan kerusi di Melaka: Laporan
13 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok