Sabah terima RM17 bilion, bukti komitmen Kerajaan Persekutuan: PMX

November 10, 2025 · Politik

Anwar Ibrahim menjelaskan Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan peruntukan sehingga RM17 bilion kepada Sabah, suatu jumlah yang jauh melebihi hasil kutipan cukai tahunan negeri itu yang berjumlah kira-kira RM10 bilion.

Perdana Menteri berkata angka ini secara jelas menepis tanggapan kerajaan mengambil hasil Sabah tanpa memberikan pulangan yang setimpal dan adalah bukti jelas komitmen tinggi Kerajaan Madani memperkasa pembangunan Sabah, terutamanya dalam bidang kesihatan, infrastruktur, dan kebajikan rakyat.

“Kerajaan ambil hasil RM10 bilion melalui sistem cukai, tapi bagi balik RM17 bilion kepada Sabah. Ini anak-anak muda kena tahu, bukan nak lagakan orang Murut, Kadazan, Bugis, Suluk dan lain-lain, tapi untuk angkat martabat Sabah,” ujar Perdana Menteri ketika berucap pada Majlis Peluncuran Blok Baharu Hospital Tawau hari ini.

Mengenai isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Anwar menyatakan komitmen kerajaan untuk melaksanakan bayaran khas kepada Sabah dan Sarawak.

Beliau mendedahkan hasil rundingan bersama pimpinan kedua-dua negeri, bayaran sementara (interim) telah ditambah dengan ketara.

“Sebelum ini Sabah dan Sarawak hanya terima sekitar RM50 juta hingga RM150 juta setahun. Tapi selepas rundingan, kita tambah kepada RM600 juta setahun sebagai bayaran khas sementara,” jelasnya.

Anwar turut menekankan kepentingan hubungan erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan untuk memastikan kelancaran pelaksanaan dasar dan projek pembangunan.

“Sabah mempunyai potensi besar dan harapan tinggi terhadap kerajaan, tapi mesti diurus dengan baik dan mempunyai hubungan kerjasama erat dengan kerajaan Persekutuan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Anwar mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam yang akan dilaksanakan pada Disember 2024 dan Januari 2025, selepas 12 tahun tidak ada sebarang pelarasan.

Beliau memaklumkan skim baharu ini lebih adil dengan memberikan kenaikan lebih tinggi kepada jawatan peringkat rendah.

Bagi tahun 2025, peruntukan gaji penjawat awam dijangka meningkat kepada RM18 bilion sebagai pengiktirafan terhadap jasa mereka.

Berita berkaitan
Baja lambat sampai, Anwar arah SPRM siasat
September 6, 2026· Isu semasa
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
September 4, 2026· Isu semasa
Anwar: PRU-16 awal? Tunggu masa sesuai
September 4, 2026· Politik
DUN Melaka bubar selepas Perhimpunan Agung UMNO?
September 3, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Amanah gesa dakwaan campur tangan asing disiasat, bukan jadi modal politik PAS
September 6, 2026 · Politik
Undi PAS bukan tiket ke syurga: Mujahid
September 6, 2026 · Politik
MB Negeri Sembilan tegaskan sokongan kepada Tuanku Muhriz
September 6, 2026 · Politik
Kedutaan AS nafi dakwaan dibuat Hadi berhubung tawaran jatuhkan BN: Laporan
September 6, 2026 · Politik
PAS: Ketidakhadiran Zahid bukan tanda UMNO solo, kerjasama diteruskan
20 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok