Saifuddin mahu elaun RELA RM8 disemak segera

September 14, 2026 · Isu semasa

Kadar elaun anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) sebanyak RM8 sejam dilihat tidak lagi munasabah apabila tugasan lapan jam sehari selama 24 hari masih menghasilkan bayaran RM1,536, di bawah gaji minimum RM1,700.

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) kini meneruskan rundingan dengan Kementerian Kewangan (MoF) bagi memuktamadkan kadar elaun baharu berdasarkan jam tugasan anggota RELA.

Menurutnya, isu itu turut mengambil kira anggota yang menjalankan tugasan sehingga 12 jam sehari.

“Kalau mereka bertugas lapan jam sehari, RM8 darab lapan ialah RM64. RM64 darab 24 hari, bawah daripada gaji minimum.

“Kalau mereka bertugas 12 jam, RM8 darab 12 ialah RM96. RM96 darab 24 hari, lebih sikit sahaja daripada kadar gaji minimum,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan KDN, di sini.

Saifuddin berkata, beliau sudah membangkitkan perkara itu dalam perbincangan bajet bersama MoF dan mengarahkan Ketua Setiausaha KDN serta Timbalan Ketua Setiausaha meneruskan rundingan berkenaan dengan segera.

Beliau mahu kadar elaun baharu itu dimuktamadkan tanpa mengambil masa terlalu panjang dan dilaksanakan pada tahun kewangan terdekat.

“Mulakan, jangan ambil masa panjang, sebaik-baiknya tahun kewangan yang terdekat ini laksanakan,” katanya.

Semakan itu dilihat penting bagi memastikan kadar elaun anggota RELA lebih sepadan dengan tempoh tugasan serta perubahan kadar gaji minimum semasa.

Berita berkaitan
Saifuddin: Polis buka kertas siasatan, dakwaan Ismail dipaksa jadi perhatian
September 14, 2026· Isu semasa
PKR tolak PRU-16 awal, tunggu sehingga habis penggal: Saifuddin Nasution
September 12, 2026· Politik
Belanjawan 2027: Pelajar Tingkatan Enam bakal terima elaun
August 28, 2026· Isu semasa
Harga minyak, elektrik sudah turun… Kenapa masih nak Anwar turun lagi?
July 26, 2025· Politik
Lagi Isu semasa terkini
MCMC siasat individu didakwa persenda perkataan dalam al-Quran
3 jam lalu · Isu semasa
Pemuda Melayu didakwa terlibat ritual bukan Islam disiasat: Zulkifli
8 jam lalu · Isu semasa
Penjimatan negara membolehkan hasil dipulangkan kepada rakyat: Anwar
8 jam lalu · Isu semasa
Anwar hargai bantuan Mesir permudah salur bantuan Malaysia ke Gaza
12 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan tubuh Tabung Pos RM150 juta, beroperasi awal 2027: Fahmi
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok