Saifuddin: Polis buka kertas siasatan, dakwaan Ismail dipaksa jadi perhatian

September 14, 2026 · Isu semasa

Dakwaan Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim dipaksa menandatangani proklamasi berkaitan penurunan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan kini disiasat polis selepas kertas siasatan dibuka.

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata, siasatan masih berjalan dan perkembangan lanjut akan dikongsikan sekiranya terdapat kemajuan.

“Kertas siasatan sudah dibuka dan masih lagi dalam progres. Kalau ada kemajuan, seperti biasa kita akan kongsi dengan rakan media,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Polis Negara, Mohd Khalid Ismail dan Ketua Pengarah RELA, Rosli Yaakub.

Ismail sebelum ini menegaskan dokumen Surat Cara Proklamasi bagi menurunkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, yang ditandatanganinya dan tular di media sosial dibuat tanpa kerelaan hatinya.

Dakwaan itu mencetuskan perkembangan baharu dalam kemelut berkaitan kedudukan Tuanku Muhriz selepas proklamasi berkenaan didakwa ditandatangani Ismail di Istana Laguna Biru, Port Dickson pada 3 Ogos lalu.

Dalam perkembangan berkaitan, Sekretariat Undang Yang Empat sebelum ini mengeluarkan kenyataan berhubung Sidang Khas Pengumuman Surat Cara Proklamasi Perkara 10 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan.

Kenyataan itu ditandatangani individu yang mendakwa masih memegang jawatan Undang Luak masing-masing, termasuk Datuk Mubarak Thahak bagi Sungei Ujong, Datuk Maarof Mat Rashad (Jelebu), Datuk Abdul Rahim Yasin (Rembau) dan Datuk Muhammed Abdullah (Johol).

Turut menandatangani kenyataan itu ialah Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Al-Qadri dan Dato’ Syahbandar Sungei Ujong, Badarudin Abd Khalid.

Mereka menuntut pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan, khususnya Setiausaha Kerajaan Negeri, Mohd Zafir Ibrahim, mematuhi proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz yang didakwa ditandatangani Ismail pada 3 Ogos lalu.

Kemelut itu menjadi semakin tegang selepas wujud pertikaian mengenai kesahihan proklamasi berkenaan, termasuk dakwaan berkaitan proses serta kedudukan pihak yang menandatangani dokumen tersebut.

Pembukaan kertas siasatan polis kini menjadi perkembangan terbaharu dalam isu yang turut membabitkan persoalan perlembagaan negeri dan institusi Raja Negeri Sembilan.

Berita berkaitan
MCMC siasat individu didakwa persenda perkataan dalam al-Quran
4 jam lalu· Isu semasa
Zahid tak akan benar usul gugat MB Negeri Sembilan
9 jam lalu· Politik
Penjenayah 10 rekod ditembak selepas kejar-mengejar di LDP
18 jam lalu· Isu semasa
Mat Sabu: Jadikan krisis Negeri Sembilan pengajaran buat pengundi PRN Melaka
October 9, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Pemuda Melayu didakwa terlibat ritual bukan Islam disiasat: Zulkifli
9 jam lalu · Isu semasa
Penjimatan negara membolehkan hasil dipulangkan kepada rakyat: Anwar
9 jam lalu · Isu semasa
Anwar hargai bantuan Mesir permudah salur bantuan Malaysia ke Gaza
12 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan tubuh Tabung Pos RM150 juta, beroperasi awal 2027: Fahmi
12 jam lalu · Isu semasa
Jerebu makin membimbangkan, tiada kawasan catat IPU sihat
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok