Saksi beritahu Guan Eng terima RM1 juta dalam beg hitam sambil senyum

August 27, 2025 · Isu semasa

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini mendengar keterangan mengejutkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, didakwa menerima beg hitam berisi wang tunai RM1 juta sambil tersenyum.

Ahli perniagaan G Gnanaraja, yang menjadi saksi pendakwaan ke-37, memberitahu mahkamah beliau sendiri menyerahkan beg berkenaan kepada Lim di kediaman saksi antara jam 2 hingga 3 pagi pada 29 Ogos 2017.

Menurut saksi, perjumpaan sulit itu turut dihadiri oleh bekas Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd, Zarul Ahmad Mohd Zulkifli.

Gnanaraja menjelaskan bahawa beliau sebelumnya menerima dua beg hitam yang masing-masing berisi RM1 juta daripada Zarul Ahmad di Hotel Eastin Petaling Jaya pada 18 Ogos 2017.

“Saya menyerahkan beg tersebut kepada Lim Guan Eng sebelum beliau memasuki kereta. Beliau menerimanya dengan tangan kanan sambil tersenyum, kemudian meletakkan beg itu di ribanya,” kata Gnanaraja dalam keterangannya.

Saksi itu juga mendedahkan mereka bertiga membincangkan projek terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion selama lebih kurang satu jam sebelum penyerahan wang tersebut.

“Lim Guan Eng menyebut tentang permintaannya untuk mendapatkan 10 peratus daripada keuntungan projek, dan Zarul Ahmad dikatakan bersetuju dengan permintaan itu,” tambah Gnanaraja.

Guan Eng berdepan empat pertuduhan rasuah yang membabitkan RM3.3 juta berkaitan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang. Dua tuduhan melibatkan penerimaan rasuah RM3.3 juta, manakala dua lagi tuduhan melibatkan permintaan 10 peratus keuntungan projek daripada Zarulul Ahmad.

Beliau juga didakwa menyebabkan dua lot tanah kerajaan negeri bernilai RM208.8 juta dilupuskan kepada syarikat yang terlibat dalam projek terowong tersebut.

Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi akan disambung esok.

Berita berkaitan
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
September 4, 2026· Isu semasa
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
September 4, 2026· Isu semasa
Pelantikan Ketua Audit Negara perlu bebas campur tangan politik: Syahredzan
September 4, 2026· Politik
Guan Eng mahu Zahid dikenakan tindakan isu lebihan belanja di KKDW
September 4, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Baja lambat sampai, Anwar arah SPRM siasat
1 jam lalu · Isu semasa
Mufti Wilayah ingatkan bahaya istilah ‘menunggang agama’
2 jam lalu · Isu semasa
SMART berlepas ke Nepal, cari mangsa tanpa kira negara
September 5, 2026 · Isu semasa
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
September 4, 2026 · Isu semasa
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
September 4, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok