Saksi utama kes rasuah Guan Eng trauma, perbicaraan ditangguh

August 19, 2025 · Politik

Perbicaraan kes rasuah melibatkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, terpaksa ditangguhkan selepas saksi utama pendakwaan, G. Gnanaraja, memaklumkan kepada mahkamah mengalami trauma dan memerlukan perlindungan sebelum boleh meneruskan keterangan.

Perbicaraan yang sepatutnya bersambung hari ini telah ditunda ke 27 dan 28 Ogos depan atas permintaan saksi tersebut.

Gnanaraja, yang merupakan saksi ke-37 dalam kes ini, dilaporkan diserang di rumahnya pada 6 Ogos lalu.

Menurut laporan polis, beliau bukan sahaja diugut tetapi juga ditetak pada pergelangan tangan kirinya sehingga memerlukan jahitan.

“Maafkan saya, saya bukan enggan memberi keterangan, tetapi saya memerlukan perlindungan polis atau pihak berwajib sebelum boleh bersaksi lagi. Saya masih trauma dengan kejadian itu,” jelas Gnanaraja kepada mahkamah.

“Saya tidak berada dalam keadaan stabil untuk bersaksi kerana keselamatan saya masih terancam. Saya risau sesuatu yang buruk boleh berlaku lagi,” tambahnya.

Guan Eng sedang berdepan empat pertuduhan rasuah berkaitan projek mega Pulau Pinang, termasuk projek terowong dasar laut dan jalan berkembar yang menghubungkan pulau dengan tanah besar.

Pertuduhan pertama mendakwa beliau menyalahgunakan kuasa sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima rasuah RM3.3 juta sebagai dorongan melantik Consortium Zenith Construction Sdn Bhd bagi projek bernilai RM6.34 bilion.

Pertuduhan kedua pula melibatkan permintaan 10% keuntungan projek daripada bekas pengarah syarikat, Zarul Ahmad Zulkifli, sebagai balasan membantu syarikat itu memenangi tender.

Selain itu, Guan Eng turut didakwa melupuskan dua lot tanah milik kerajaan negeri di Bandar Tanjong Pinang bernilai RM208 juta kepada pemaju projek terowong tersebut secara tidak jujur.

Berita berkaitan
Keputusan akhir bebas atau penjara kes rasuah Isa Samad pada Selasa ini
February 8, 2026· Isu semasa
Pendakwah, pegawai kewangan direman semula kes dana RM1.3 juta
February 6, 2026· Isu semasa
Keputusan rayuan kes rasuah Isa Samad ditetap 10 Feb
February 5, 2026· Politik
Na’imah mohon mahkamah keluar perintah larangan bersuara
February 3, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Lantikan Muhyiddin sebagai Presiden dibuat secara sah, Danny Rais jawab Khalid Mehtab
2 jam lalu · Politik
Himpunan rumah ibadat cetus kontroversi, AMK Johor pertahan Anwar
5 jam lalu · Politik
Kes Akta Hasutan Muhyiddin: Empat persoalan dikembali ke Mahkamah Tinggi untuk diputuskan
5 jam lalu · Politik
Muhyiddin diyakini mampu pimpin Bersatu harungi krisis: Sanjeevan
7 jam lalu · Politik
Hamzah dipanggil jawab isu disiplin parti, bakal dipecat Bersatu?
February 8, 2026 · Politik
Video / Foto
Kerajaan tegas pantau kandungan AI berbahaya: Nie Ching
January 28, 2026
[VIDEO] Menteri Pertahanan beri penjelasan isu rasuah ATM di Parlimen
January 28, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok