Selepas dilabel ekstrem, Akmal cabar DAP Jasin berlawan dalam PRN Melaka

May 19, 2025 · Politik

Dr Muhamad Akmal Saleh, mencabar DAP Jasin bertanding di mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan parlimen itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka nanti.

Ketua Pemuda UMNO membuat cabaran itu sebagai respon balas terhadap usul 15 cawangan DAP di Jasin menyatakan sokongan bersyarat terhadap calon kerajaan perpaduan dalam PRN Melaka nanti mestilah bukan seorang yang esktrem.

“Saya sangat setuju! Malah saya menyarankan kepada DAP Jasin agar buat satu lagi syarat iaitu calon yang betul-betul memahami sejarah dan perlembagaan Malaysia serta mampu bertutur dalam Bahasa Melayu dengan fasih,” tulisnya di media sosial.

Akmal turut mempersoalkan sama ada kenyataan DAP Jasin itu memberi bayangan bahawa parti itu akan meletakkan calon di kerus Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau atau mana-mana kerusi dalam kawasan Parlimen tersebut.

“DAP Jasin mahu bertanding juga di Merlimau atau mana-mana kerusi DUN dalam Jasin ke? Macam cadangan Ketua Pemuda DAP Melaka?

“Silakan, kami tunggu. Kita lawan habis-habisan nanti ya,” katanya lagi.

Terdahulu, gabungan cawangan DAP Jasin meluluskan usul menyokong calon kerajaan perpaduan yang ditunjangi oleh Pakatan Harapan (PH) dan BN pada PRN Melaka yang dijadualkan berlangsung dalam tempoh terdekat.

Bagaimanapun syarat yang dikenakan adalah mereka menolak ahli politik yang mengamalkan politik ekstrem – termasuk pendekatan perkauman dan agama yang boleh memecahbelahkan perpaduan rakyat.

“DAP Jasin komited untuk menjadi sebahagian daripada usaha membina negara yang lebih bersatu, adil dan makmur.

“Kami tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang membawa politik kebencian dan perpecahan,” menurut kenyataan bersama mereka itu.

Cawangan-cawangan terlibat – antaranya Kelubi, Air Barok, Asahan, Jasin Lalang, dan Kemendor – turut menyatakan komitmen terhadap kestabilan politik dan keharmonian kaum, serta menolak sebarang bentuk ekstremisme dalam penentuan calon PRN.

Akmal sebelum ini sering dikaitkan dengan pendekatan kontroversi yang dianggap mengamalkan politik ekstrem yang bersifat melampau.

Antaranya termasuk kenyataan berunsur stereotaip terhadap bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P Ramasamy, dengan mendakwa Ramasamy “mungkin mabuk” semasa membangkitkan isu sekolah vernakular – satu komen yang dikecam sebagai bersifat perkauman.

Dalam isu stoking kalimah “Allah” yang dijual di KK Mart, Akmal mengetuai kempen boikot dan menuntut tindakan keras terhadap syarikat itu. Tindakan itu dikritik oleh sesetengah pihak sebagai cubaan memanipulasi sentimen agama. Malah, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno turut mengarahkannya supaya menghentikan sebarang kenyataan lanjut berhubung isu berkenaan.

Akmal juga pernah berkata “lebih baik mati sahaja” kepada mereka yang dikatakannya tidak menyedari penghinaan terhadap Islam – satu kenyataan yang mencetuskan reaksi keras kerana dianggap melampau dan tidak wajar keluar dari mulut seorang pemimpin politik.

Pada pilihan raya umum (PRU-15) 2022, Parlimen Jasin yang pernah menjadi kubu kuat BN tumbang ke tangan Perikatan Nasional (PN) dengan hanya 322 undi.

Berita berkaitan
Sivamalar soal Akmal: Kenapa diam isu Istana Negeri Sembilan?
6 jam lalu· Politik
Hassan saran Anwar kekalkan Loke dalam Kabinet, tolak peletakan jawatan
14 jam lalu· Politik
DUN Melaka sah bubar esok, PRN bakal diadakan: Ab Rauf
14 jam lalu· Politik
DUN Melaka dijangka bubar hari ini, PRN semakin hampir
16 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Rayuan Majlis Peguam cabar pengampunan Najib diputuskan 7 Januari: Bernama
6 jam lalu · Politik
AGC: Kerajaan Negeri Sembilan tiada kuasa gantung dua pegawai kanan
6 jam lalu · Politik
Krisis Negeri Sembilan: MB umum dua pegawai kanan digantung tugas
12 jam lalu · Politik
Pembatalan lantikan Exco Negeri Sembilan sah, ada asas Perlembagaan: Peguam
14 jam lalu · Politik
Akaun TikTok Na’im disekat TikTok, bukan MCMC: Hakim Norliza
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok