Selepas tampil pertahan Akmal, kini Pemuda DAP kritik Tok Mat pula

August 16, 2025 · Politik

Pemuda DAP mengkritik sikap Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan yang dilihat cuba mempertahankan tindakan kontroversi Dr Akmal Saleh, dengan menggesa beliau agar menasihatinya pemudanya itu agar lebih bertenang.

Dalam kenyataan tegas hari ini, Majlis Eksekutif Pemuda DAP menegaskan Ketua Pemuda UMNO itu berulang kali mencetuskan ketegangan kaum dan menggugat kestabilan politik, sedangkan Mohamad sendiri sebelum ini menggesa DAP supaya lebih rasional.

“Jika benar Tok Mat (Mohamad Hasan) mahu menasihati, mulakanlah dengan ‘Ketua Pemuda terpaling PN’ itu terlebih dahulu. Tegurlah dia agar bertenang dan berhenti merosakkan pentadbiran kerajaan Madani,” kata kenyataan itu.

Pemuda DAP menambah, walaupun kerjasama UMNO-DAP dalam kerajaan perpaduan berjalan lancar, Akmal terus “mencetuskan masalah” dan memalukan parti sendiri dengan tindakan provokatif.

Pemuda DAP mendakwa rekod tindakan Akmal mencerminkan gelagat “samseng politik” yang tidak sepatutnya wujud dalam pemimpin parti kerajaan.

“Beliau pernah menghina pengkritik sebagai OKU, memanggil Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok sebagai ‘nyonya tua’, serta menghasut tindakan ganas dalam isu KK Mart. Ini semua menunjukkan politik samseng yang tidak patut diamalkan pemimpin muda,” kata kenyataan itu.

Pemuda DAP itu juga menegaskan “samseng” sepatutnya menghentikan tindakan membahayakan masyarakat berbilang kaum, bukannya menyuruh pihak yang mendedahkan kesalahan untuk berdiam diri.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respons kepada gesaan Mohamad awal hari ini yang meminta DAP menasihati sayap pemudanya agar lebih rasional dan tidak menyukarkan kerja kerajaan perpaduan.

Mohamad sebelum ini mempertahankan perhimpunan Akmal di Kepala Batas, Pulau Pinang sebagai “misi aman”, walaupun berlaku provokasi.

Namun, Pemuda DAP menekankan bahawa isu bendera terbalik itu sepatutnya diserahkan kepada pihak berkuasa untuk disiasat, bukan dijadikan bahan mainan ahli politik.

“Zaman politik diktator sudah berakhir. Urusan undang-undang wajib diserahkan kepada agensi berkenaan, bukan dijadikan alat politik kerajaan,” tegas mereka.

Berita berkaitan
PRN Melaka: PAS nafi akan umum calon sepentas dengan BN
19 jam lalu· Politik
Kerajaan terus buru aset 1MDB walaupun Najib diampunkan
24 jam lalu· Politik
Ismail Lasim nafi letak jawatan MB Negeri Sembilan
October 22, 2026· Politik
Isu DAP: Amanah minta PAS hentikan politik sentimen
October 22, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Rafizi mahu saman Ramanan susulan kenyataan media
19 jam lalu · Politik
AGC bawa kes pembatalan pendaftaran PN ke Mahkamah Rayuan
19 jam lalu · Politik
DUN Sarawak bubar 26 Oktober ini, beri laluan PRN diadakan
19 jam lalu · Politik
Abang Johari panggil sidang media khas, DUN Sarawak bakal bubar?
24 jam lalu · Politik
Mahkamah gantung notis batal pendaftaran PN
October 22, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok