Semua juruterbang MAS bebas pengaruh dadah: MAG

August 17, 2026 · Isu semasa

Semua juruterbang Malaysia Airlines yang aktif beroperasi disahkan negatif dadah selepas menjalani ujian saringan air kencing yang selesai pada 15 Ogos lalu.

Malaysia Aviation Group (MAG) dalam kenyataan hari ini memaklumkan saringan itu membabitkan juruterbang Malaysia Airlines sebagai langkah memperkukuh aspek keselamatan serta memastikan kru penerbangan berada pada tahap kecergasan sesuai untuk menjalankan tugas.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAG, Kapten Nasaruddin A Bakar berkata, keputusan saringan berkenaan menjadi pencapaian penting dalam usaha memastikan standard keselamatan penerbangan terus dipatuhi.

“Keselamatan kekal menjadi teras setiap keputusan yang kami buat dan kami akan terus mengambil langkah perlu bagi memperkukuh perlindungan, mengekalkan piawaian operasi serta keyakinan penumpang dan pemegang taruh,” katanya.

Saringan seterusnya akan melibatkan kira-kira 2,840 kru kabin Malaysia Airlines secara berperingkat bermula 18 Ogos dan dijangka selesai sepenuhnya pada 3 September.

Pada masa sama, saringan terhadap juruterbang dan kru kabin Firefly turut menunjukkan perkembangan positif. Lebih separuh daripada 158 juruterbang dan 163 kru kabin yang menjalani ujian setakat 15 Ogos disahkan negatif bahan terlarang.

Firefly dijangka menyelesaikan keseluruhan proses saringan itu pada 25 Ogos, lebih awal daripada tarikh akhir 5 September ditetapkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Langkah saringan berkenaan dilaksanakan susulan usaha memperketat pemantauan terhadap kecergasan kru penerbangan, khususnya selepas timbul perhatian terhadap isu penyalahgunaan bahan terlarang dalam industri penerbangan.

MAG berkata, program ujian secara rawak akan diteruskan melalui pasukan Keselamatan dan Kesihatan MAG dengan kerjasama pihak berkuasa bagi memastikan tahap keselamatan penerbangan kekal terpelihara.

Program itu melengkapi prosedur sedia ada seperti saringan sebelum pengambilan pekerja, pensijilan perubatan, latihan berkala, ujian alkohol dan dadah, pemeriksaan pematuhan sebelum penerbangan serta penilaian kecergasan kru.

MAG turut menegaskan komitmen untuk mengekalkan standard keselamatan dan profesionalisme yang ketat di semua syarikat penerbangannya, selain memperkukuh langkah pencegahan demi melindungi pekerja, penumpang dan operasi.

Berita berkaitan
Saifuddin: Polis buka kertas siasatan, dakwaan Ismail dipaksa jadi perhatian
September 14, 2026· Isu semasa
Syabu dadah utama diseludup dari Thailand: Bukit Aman
September 11, 2026· Isu semasa
Wanita Malaysia ditahan bawa ganja RM2.2 juta di India: Laporan
September 10, 2026· Isu semasa
Fahmi : Penjual dadah guna istilah pelik, kelirukan pengguna dalam talian
September 10, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
DKU: Tuanku Muhriz kekal bertakhta, proklamasi penurunan tak sah
1 jam lalu · Isu semasa
FGV lantik firma audit bebas, semak isu tadbir urus
1 jam lalu · Isu semasa
Saifuddin mahu elaun RELA RM8 disemak segera
4 jam lalu · Isu semasa
Lawatan sulung PMX ke Maldives beri momentum baharu hubungan dua hala: Bernama
5 jam lalu · Isu semasa
PMX temui Mufti Besar India, fokus usaha perkukuh keharmonian agama
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok