Seorang Ahli Parlimen PN bakal didakwa kes rasuah ternakan lembu: Laporan

December 5, 2025 · Politik

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan seorang Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) petang semalam bagi siasatan kes membabitkan usaha sama ternakan lembu milik kerajaan negeri.

Sumber berkata, siasatan dijalankan sejak Februari lalu itu membabitkan dakwaan penerimaan kira-kira RM400,000 sebagai balasan membantu mendapatkan hak penggunaan tanah untuk projek fidlot.

“Kertas siasatan dibuka susulan aduan diterima pada 10 Februari lalu dan 15 saksi sudah dirakam percakapan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mengesahkan tangkapan berkenaan dan memaklumkan individu terbabit sudah dirakam percakapan mengikut Seksyen 53(3) Akta SPRM 2009 serta dilepaskan dengan jaminan. – Bernama

Berita berkaitan
AGC bawa kes pembatalan pendaftaran PN ke Mahkamah Rayuan
24 jam lalu· Politik
Mahkamah gantung notis batal pendaftaran PN
October 22, 2026· Politik
Isu penilaian hartanah TH, bekas CEO dan CFO dihadapkan ke mahkamah
October 22, 2026· Isu semasa
PRN Melaka: PAS sedia guna lambang bulan selepas PN dibatalkan RoS
October 22, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PRN Melaka: Zahid jamin Ab Rauf kekal Ketua Menteri jika BN menang
2 jam lalu · Politik
Agihan kerusi Melaka: Khalid Samad sifatkan PAS jadi ‘macai’ BN
2 jam lalu · Politik
PRN Melaka: PAS nafi akan umum calon sepentas dengan BN
23 jam lalu · Politik
Rafizi mahu saman Ramanan susulan kenyataan media
24 jam lalu · Politik
DUN Sarawak bubar 26 Oktober ini, beri laluan PRN diadakan
24 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok