Seorang individu didenda RM30,000 hina institusi kehakiman di FB: MCMC

April 28, 2026 · Isu semasa

Seorang lelaki dikenakan denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Keningau selepas mengaku bersalah memuat naik kandungan jelik melampau yang menghina institusi kehakiman di Facebook, Disember tahun lalu.

Tertuduh, Mohamad Azri Sahlam, 41, didakwa menggunakan akaun Facebook miliknya untuk memulakan penghantaran komunikasi berunsur jelik melampau pada 22 Disember 2025.

Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM30,000, dan tertuduh dilaporkan telah melunaskan bayaran tersebut.

Mengikut Seksyen 233(2) akta sama, kesalahan itu boleh dihukum dengan denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

Dalam kenyataan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menegaskan pihaknya memandang serius penyebaran kandungan berunsur 3R (agama, kaum dan institusi diraja), termasuk yang menyentuh institusi kehakiman.

“Perbuatan ini bukan sahaja mencabar kedaulatan undang-undang, malah boleh menjejaskan keharmonian awam,” menurut kenyataan itu.

MCMC turut mengingatkan orang ramai supaya lebih bertanggungjawab ketika menggunakan platform digital.

“Gunakan media sosial secara berhemah. Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang,” katanya lagi.

Kes ini menjadi peringatan jelas kebebasan bersuara di ruang siber tetap tertakluk kepada undang-undang, dan setiap pengguna perlu sedar akan batasannya.

Berita berkaitan
Kempen PRN dipantau 24 jam, orang ramai diminta bantu bendung berita palsu: Fahmi
16 jam lalu· Politik
Ops Lusuh tumpaskan sindiket simpan peralatan telekomunikasi curi di Sarawak
June 24, 2026· Isu semasa
Pengesahan had umur: MCMC boleh kenakan denda RM10 juta kepada platform media sosial
June 24, 2026· Isu semasa
Pengawal keselamatan dipenjara, didenda RM50,000 hina Agong di Facebook
June 24, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Sasar 5,010 peserta sertai latihan AI di NADI seluruh negara: Fahmi
10 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan perkasa bantuan guaman syarie dengan peruntukan baharu RM1.5 juta: PMX
13 jam lalu · Isu semasa
Portal rasmi KKM diserang penggodam
16 jam lalu · Isu semasa
Isa Samad kekal dipenjara, mahkamah tolak permohonan semakan
June 26, 2026 · Isu semasa
Kerajaan masih perhalusi cadangan tangani isu Rohingya
June 26, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok