Presiden MCA, Dr Wee Ka Siong.
Walaupun sering menjadi sasaran serangan politik DAP, MCA teguh dalam peranannya membetulkan dasar-dasar kerajaan yang dianggap membebankan rakyat, tegas Wee Ka Siong.
Presiden MCA itu berkata, corak serangan itu kerap berlaku setiap kali MCA membangkitkan isu-isu kepentingan rakyat, tetapi akhirnya dasar kerajaan diperbetulkan mengikut teguran parti.
“Setiap kali ada masalah, naratif mereka sama, semua salah MCA, semua salah Wee Ka Siong.
“Tetapi apabila fakta dibentang, dasar kerajaan akhirnya diperbetulkan,” katanya dalam ucapannya semasa Perhimpunan Agung Perwakilan Pusat MCA hari ini.
Menurut Ka Siong, contoh terbaik ialah ketika MCA mengkritik pelaksanaan awal e-invois yang membebankan peniaga kecil.
“Kami dituduh sebagai ‘pengkhianat’, tetapi akhirnya kerajaan menaikkan ambang pengecualian kepada RM1 juta. Ini membuktikan teguran MCA berasas dan berpihak kepada rakyat,” jelasnya.
Isu lain ialah bantahan MCA terhadap penggunaan gas petroleum cecair (LPG) komersial yang lebih mahal kepada penjaja.
“DAP menuduh kami menimbulkan ketakutan, tetapi Kabinet akhirnya memberi pengecualian. Suara MCA selari suara rakyat,” ujarnya.
Beliau juga membangkitkan kebimbangan awal MCA terhadap implikasi Perjanjian Perdagangan Timbal Balas Malaysia-AS (ART).
“Bila MCA bersuara, kita diserang. Bila orang lain persoal, mereka senyap. Jadi siapa sebenarnya yang mengelirukan rakyat?” soal Ka Siong.
Mengenai isu matrikulasi pelajar cemerlang, beliau menegaskan MCA membawa suara 260 pelajar yang terjejas.
“DAP tuduh kami mempolitikkan isu, tetapi apabila kerajaan membetulkannya, semua senyap,” katanya.
Ka Siong menegaskan MCA tidak akan berdiam diri walaupun berada dalam kerajaan perpaduan.
“Apabila dasar baik, kita sokong. Apabila dasar memudaratkan rakyat, kita tidak akan diam. Rakyat mahu pemimpin yang berani bersuara,” tegasnya.
PRN Melaka: PKR mahu pembaharuan, beri ruang kepada generasi muda
Zahid nafi belanja KKDW terlebih RM2.1 bilion
BN letak calon di DUN Sg Udang bukti tolak Wawasan: Puad
AMK: Rafizi perlu jawab dakwaan, bukan sekadar saman Ramanan
Kes Jalur Gemilang: Representasi Akmal ditolak, mahu kemuka permohonan kedua
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum