Malaysia Airports (MAHB) mencatatkan 8.9 juta pergerakan penumpang pada Februari 2026.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersedia untuk menjalankan siasatan ke atas projek Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekiranya terdapat unsur rasuah dan penyelewengan.
Ini berikutan laporan mengenai gangguan berulang yang dialami oleh perkhidmatan tren tersebut sejak ianya beroperasi semula.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, mengesahkan bahawa setakat ini tiada sebarang kertas siasatan dibuka berhubung isu tersebut, namun menegaskan siasatan hanya boleh dimulakan jika terdapat maklumat atau aduan spesifik yang menunjukkan kesalahan di bawah bidang kuasa SPRM.
“Setakat ini, kita tidak menerima sebarang aduan atau maklumat berhubung perkara itu,” jelas Azam Baki kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Principals ASEAN Parties Against Corruption (ASEAN-PAC) Ke-2.
“Ada atau tak ada (kesalahan) ia bergantung kepada apakah kesalahan itu. Jangan semua kesalahan perlu diletakkan di bahu SPRM. Jadi kesalahan-kesalahan itu mungkin membabitkan tatakelola.
“Jadi jika ada, di bawah bidang kuasa kami, ‘jurisdiction’ kami, sudah tentu kita akan siasat. Tetapi jika tiada, kita tidak boleh siasat,” katanya.
Isu Aerotrain menarik perhatian umum selepas Timbalan Menteri Pengangkutan, Hasbi Habibollah, mendedahkan sistem tersebut mengalami masalah sebanyak 19 kali dalam tempoh hanya tiga bulan, dari 2 Julai hingga 30 September.
Gangguan ini dikaitkan dengan isu teknikal dan juga faktor manusia.
Projek naik taraf Aerotrain yang bernilai RM456 juta ini telah ditangguhkan selama 28 bulan sebelum mula beroperasi semula pada 1 Julai lalu.
Projek di bawah Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) itu bertujuan untuk memodenkan sistem pengangkutan utama di KLIA.
Sebagai tindak balas kepada insiden berulang, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, telah mengarahkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk membuka kertas siasatan terhadap MAHB.
Beliau menegaskan walaupun tempoh penyesuaian diberikan pada peringkat awal, tindakan tegas akan diambil memandangkan perkhidmatan masih tidak stabil selepas beberapa bulan beroperasi.
Polis gagalkan cubaan seludup dadah RM57 juta di Muar
Bekalan minyak negara masih stabil: Amir Hamzah
DNAA Zahid: AG kemuka rayuan cabar permohonan Majlis Peguam
RM50 juta disalur perkasa TVET 2.0: Anwar
Fahmi nafi gambar tular Jemaah Menteri petanda Parlimen akan dibubar
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi